Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Zynga terus memperluaskan tawaran permainan sosial mereka, dimana terkini, mereka telah pun memperlihatkan trailer terbaru untuk permainan yang bakal dilancarkan oleh mereka tidak lama lagi, dinamakan sebagai Adventure World. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum.
Secara ringkasnya, ianya memperlihatkan yang mana permainan tersebut kelak akan membawakan corak permainan dalam bentuk pengembaraan, dan seperti permainan Zynga yang lain, ianya akan memerlukan para pemain untuk bekerjasama bersama rakan-rakan mereka yang lain untuk terus mengembara ke peringkat yang seterusnya.
Sebelum ini, Zynga turut sama telah memperkenalkan beberapa permainan terbaru, termasuk Empires & Allies dan juga The Pioneer Trail.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
makin ramai lah kaki games kat fb pasnie..
Dulu popular dengan Farmville
empires and allies tu aku main takat level 27 je. kahkahkah
Lebih kurang mcm Treasure Isles jer aku tengok.
nmpak cam best
jangan la ade games2 best2.. nanti aku ketagih lagikkkk