13Aug

Zynga Bakal Memperkenalkan Permainan The Pioneer Trail

e-Permainan

Zynga sebagai pembangun permainan sosial terkemuka, sering memperkenalkan pelbagai permainan baru dari semasa ke semasa, dan terkini mereka bakal melancarkan permainan baru yang dipanggil The Pioneer Trail, yang mana merupakan permainan yang bergenre-akan misi dan pengembaraan.

Permainan baru daripada Zynga ini juga mempunyai jalan ceritanya tersendiri, dimana pemain dikehendaki mengumpulkan krew yang terdiri daripada pelbagai watak, dalam usaha untuk menyelamatkan seorang budak kecil yang telah diculik. Dalam usaha tersebut, para pemain perlu melalui pelbagai misi menarik dan mengembara ke pelbagai lokasi untuk menjayakannya.

Pada masa yang sama, setiap langkah dan keputusan yang diambil oleh para pemain akan membawakan kepada plot baru, sekaligus menjadikan jalan cerita untuk setiap pemain berbeza dengan yang lain. Zynga turut mengatakan yang mana permainan The Pioneer Trail ini bakal membawakan pelbagai fungsi interaksi sosial dan lain-lain, menjadikannya unik dan menarik.

Sama-sama kita nantikan pelancaran permainan terbaru daripada Zynga ini pada hari ini.


Angry Birds Dimuat-Turun Lebih 10 Juta Kali
Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome
Counter Strike : Global Offensive Pada Awal Tahun Hadapan
Kini Anda Boleh Bermain Congkak Pada Peranti iOS
Tapiroo Membawakan Permainan Galah Panjang Ke Peranti iOS Anda

9 Komen

  1. syuk606 pada 13 Aug 2011

    macam2 game zynga keluar kan..tak tau nak main mane satu. =]

  2. arpem pada 13 Aug 2011

    mcm best, bleh try

  3. azwan11 pada 13 Aug 2011

    macam best :D

  4. Aizat pada 13 Aug 2011

    Layanz ~

  5. BulanTerkenal pada 13 Aug 2011

    nak main!!!

  6. hazari pada 13 Aug 2011

    pengembaraan.. macam best,

  7. panicPReSS pada 15 Aug 2011

    cool..
    x sbr nak main..

  8. Yana Alihad pada 15 Aug 2011

    pergh! mesti dapat sambutan hangat
    empires & allies pun baru beberapa released..
    siyes~ tak sabar nak main nie..

  9. Yade edayuda pada 09 Jan 2012

    nak point 1 juta


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader