Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, Amanz telah pun melaporkan yang mana angka pengguna Facebook di Malaysia telah pun melangkaui angka 11.5 juta, dan kini, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Thomas Crampton, ianya memperlihatkan yang mana Malaysia merupakan negara yang ke-17 dengan angka pengguna paling tinggi di dunia.


Pada masa yang sama, ianya turut memperlihatkan yang mana hampir 68% pengguna yang mempunyai akses internet di Malaysia mempunyai akaun Facebook mereka. Perkara ini mungkin salah satu sebab mengapa kini lebih banyak syarikat mula menumpukan pada halaman dan pemasaran sosial mereka melalui Facebook. Thomas Crampton juga turut memperlihatkan yang mana angka pengguna di Facebook di Malaysia semakin menghampiri 50% daripada angka penduduk keseluruhan di Malaysia.
Berkemungkinan, dengan kawasan liputan rangkaian internet yang semakin diperluaskan dari semasa ke semasa, kita akan dapat melihat angka pengguna Facebook terus meningkat sepanjang tahun ini.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
populasi tu..mmg orang malaysia ni suka social network..
fake profile kot yang banyak…
+1
Wah. kalau 98% yg join FB, msti senang nak tau identity setiap rakyat. haha
mark zuckerberg juga kenyang..
ramainye
jom ramai2 berhijrah ke Google+..
nenek i pon ade fb..huhu
nampak sgt org Malaysia addict
ramai giler -.-
…dan aku tak termasuk dalam 68% umat manusia tu walaupon aku hari-hari layan internet…