Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin semua sedia ketahui yang mana Acer Malaysia bakal memperkenalkan laptop ultrabook terbaru mereka, iaitu Acer Aspire S3, yang mana bakal dilancarkan pada 4 Oktober ini. Menariknya, ia kelihatan yang mana Acer Malaysia bakal mengadakan promosi khas pada tarikh tersebut, dimana 15 pembeli pertama boleh mendapatkannya pada harga potongan sebanyak RM1000. Unit-unit selepas 15 yang pertama akan mendapat potongan harga sebanyak RM200, selain turut didatangkan bersama-sama dengan beberapa aksesori tambahan.

Buat masa ini, harga peranti tersebut masih tidak diketahui lagi. Tetapi ia diperlihatkan yang mana Acer Aspire S3 akan dijual pada harga kurang daripada RM3000 di Malaysia.
Melalui Acer Aspire S3, ia membawakan cip pemprosesan Intel Core i5, 4GB RAM, ruangan storan sebanyak 320GB, dan menggunakan Windows 7 Home Premium sebagai sistem operasinya. Menariknya mengenai Aspire S3 adalah ianya amat ringan, dan hanya seberat 1.35kg sahaja, serta membawakan jangka hayat bateri sehingga 6 jam bersama dengannya.
Kami akan membawakan liputan langsung daripada lokasi pelancaran pada tarikh tersebut.
13 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
mesti guna SSD nih.. memang best la kalo guna SSD..
terang2 dia tulis hdd da…
yeke? ala.. terlepas pandang.. hari tu mase leak cakap SSD tapi optional la.. aiseh aiseh..
Harga mungkin RM 2,999. haaa..haaa…
+1
lebih kurang sama harganya dengan laptop usang aku ni.huhu :p
wuwuw nak beli..haha..tp confirm2 ramai gila orang
bpk nipis..ni boleh potong leher org ni..
Kalau harga RM3999 lepas dapat Rebet Rm1000, Mane nak cari lagi 3k nak angkat ini laptop. hehe.
Retail price RM2XXX, maksudnya lepas rebat dapat la RM1XXX. Mmg harga dalam lingkungan Macbook Air jugak, cuma spesifikasi die lebih dari Macbook Air sebab guna HDD, Macbook Air guna SSD.
haha, bila pc manufacture start kuar ultrabook, macbook air akan hilang popularity. really interested to know how apple going to do about it
Diskaun harga yang maveles ni