21Sep

Polis Diraja Malaysia Melancarkan Akaun Twitter Rasmi

Lain-lain, Web 2.0

Setelah genap setahun akaun Facebook rasmi dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia, kini mereka tampak memperluaskan sokongan melalui media sosial mereka ke laman sosial Twitter, dimana terkini, mereka turut sama telah melancarkan akaun Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia dan boleh diikuti di @PDRMsia.

Melalui laman sosial PDRM, mereka berkongsikan pelbagai informasi pantas berkenaan orang-orang yang hilang, mereka yang dikehendaki, pelbagai berita semasa dan lain-lain perkara yang menarik. Selain daripada itu, mungkin melalui akaun Twitter mereka kelak, kita akan dapat melihat bantuan masa-nyata terus dilaksanakan melalui akaun Twitter mereka.

Selain daripada itu, para pengguna yang menetap di Selangor, turut sama boleh menggunakan aplikasi MyDistress untuk bantuan yang lebih pantas dan secara berdepan terus melalui penggunaan fungsi geolokasi, dimana hanya melalui menekan satu butang khas melalui aplikasi tersebut, anggota peronda Polis Selangor akan hadir ke lokasi anda.


Serlahkan Perasaan Anda Melalui Happy-O-Meter
Facebook Memperkenalkan Facebook Places
WP.com Menyertakan Tema Berbayar
Angka Pengguna Groupon Malaysia Melangkaui 500,000 Orang
FeedGeorge Ditutup Sementara - Versi 2.0 Bakal Menyusul

9 Komen

  1. Najib pada 21 Sep 2011

    Twitter buat pemberitahuan dari PDRM je? Nak buat report takleh ke?

  2. Ikhwan pada 21 Sep 2011

    Setapak langkah ke hadapan <3

  3. shahrul pada 21 Sep 2011

    aku nak repot kt sini je lah.. malas ke balai :D

  4. Zul's Stuff pada 21 Sep 2011

    advance la pdrm ni…

  5. amoi pada 21 Sep 2011

    LOL.
    patutlah petang tadi ada hashtag #tweetmacampolis

    HAHA!

  6. Ahmad Wana pada 21 Sep 2011

    haha kalo report buat kat sini memang berjuta la ade.. haha

  7. Wan Perlis pada 21 Sep 2011

    ini sudah bagus
    hahaha

  8. zuls pada 22 Sep 2011

    bagus ni dapat mengelakkan daripada maklumat palsu..

  9. Nisa pada 22 Sep 2011

    Amat membanggakan.Lepas ni nak buat laporan pun senang.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader