Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kini, dengan pelancaran Ice Cream Sandwich yang diperkatakan sekitar Oktober atau November kelak, ura-ura berkenaan Android versi akan datang mula kedengaran. Ianya kini dikatakan yang mana versi seterusnya selepas Android Ice Cream Sandwich kelak mungkin akan dikenali sebagai Jelly Bean, sekaligus meneruskan penamaan berdasarkan makanan yang manis oleh Google untuk Android.
Android Jelly Bean disasarkan untuk pelancaran pada Mei tahun hadapan, pada acara tahunan Google, iaitu Google I/O. Namun begitu, ianya turut diperkatakan yang mana Google masih lagi dalam proses pilihan nama, tetapi Jelly Bean dilaporkan sebagai salah satu pilihan utama mereka.
Buat masa ini, fungsi baru padanya kelak masih tidak diketahui, memandangkan kini ramai ternanti akan Ice Cream Sandwich yang dilaporkan akan menyatukan Android versi telefon pintar dan juga tablet, serta perubahan rekabentuk dan antaramukanya.
28 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sebab ikut abjad bukan? harap ada perubahan tema warna. huhu~
aah.. ikut abjad dan ikut jenis-jenis makanan macam cupcake,donut,eclair,froyo,gingerbread dan ice cream sandwich.. emm.. sedap2
icon android mmg smart…
suka tgk..
terbaek
lepas jely bean ape lak agaknye
lepas ni ltk nama makanan manis melayu la plak.
puteri mandi ke, badak berendam ke, komersial pe nama tu. huhu
+1. Amanz sila cadang kan kat Google.
Tapai pun bole~haha
Lepas ni pengguna android kena kencing manis ler. Hahahha
GB pn dh terbaek..improve batteri usage..
nama2 nya tu buat lagi terliur la…slurp!!
jap lagi Android Nasi Kukus
abcdefghij. k? kelly kelly.
Koko Krunch?
hehe.. mmg ikut abjad la…
hebat!
android vesi cendol kalo ada mesti best
cun..
perhhh..menarik
Saya Suka Android !!!
nama yang unik
Terbaikkkkk
huhuhuh…aried blum prnh ada android pun lgi…
sedap2 name die ek
Pas gingerbread..trus ice cream sandwhich…name bq h xde ke?
ok suggest hunny bunny or my nme hunny madu..huhu
A??????????
B?????????
Cupcake
Donut
Eclair
FroYo
Gingerbread
HoneyComb
—> ?
still curios apakah nama version A nd B
A – Android
B – Best
ekekeke !
K- kebab (maybe? based on rumor) @ karipap??? Kit kat dengan koko krunch xboleh pasal dua2 jenama. kan xpasal2 kena saman.
L – lemon pie (rumor)
M – marshmallow (rumor)
N – ???
O – ???