Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Pada bulan Julai yang lepas, para pengguna aktif Android yang menggunakan Gingerbread boleh diperkatakan hanyalah segelintir kecil sahaja, iaitu sekitar 19%. Namun begitu, kini dalam masa dua bulan, angka tersebut telah meningkat dengan mendadak, memperlihatkan penggunaan Android 2.3 Gingerbread pada peranti aktif Android kini berjumlah hampir 31.3%.

Walaubagaimanapun, seperti sebelum ini, pengguna Froyo masih lagi pada tangga teratas dengan penggunaanlebih 51.2% dan penggunaan tablet Honeycomb turut memperlihatkan peningkatan, dimana kini berjumlah 1.4% di seluruh dunia. Selain daripada itu, angka pengguna Android Cupcake, Donut dan juga Eclair turut memperlihatkan penurunan berbanding sebelum ini.

Data ini kali terakhir telah dikemaskini oleh Google pada beberapa hari yang lepas, iaitu pada 2 September, dimana ianya disediakan khas untuk para pembangun, membolehkan mereka memfokuskan kepada platform mana yang mereka perlu optimasikan aplikasi mereka.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kenapa diorang suke gune nama makanan?
Diorang punya suka lahh..hahahah
Dorang suka makan
aku suka makan
amanz pon suka makan
Sedapp bau nyerr:D
Apa yang spesial android?
Apa yang buat orang suka?
Aku masih tak paham.
makan sedapppnyewwwww
android terbaik arr.aku org kokdiang
teringin nk pakai android lps ni
klu bnyk duit, nak pakai gadjet yg gunakan os android ni
terbaik!
aku pakai android.. tapi tak tau dah rom mane satu aku tibai.. bhahaha.. semua aku sapu
byk tol makanan dr andriod nie
aku baru flash & root Galaxy ACE aku…then upgrade rom dr froyo 2.2 ke gingerbread 2.3.4..da 3 hari..so far amat cool dan cun..better dr froyo..skrg tgh tggu CM7 rom…