15Sep

Pengguna PayPal Di Malaysia Kini Berjumlah Lebih 1.2 Juta Orang

Web 2.0

PayPal boleh dikatakan sebagai salah satu medium pembayaran terkemuka di dunia, dan mereka tidak ketinggalan di Malaysia. Perkhidmatan ini menerima sokongan pelbagai pihak termasuk bank tempatan dan juga syarikat telekomunikasi tempatan. Melalui data terkini yang didapati pengguna PayPal di Malaysia dianggarkan berjumlah 1.2 juta orang.

Menariknya adalah di mana angka pengguna PayPal Malaysia meningkat dari hari ke hari, sekaligus memperlihatkan peningkatan penggunaan kaedah pembelian atas talian melalui PayPal. Pada masa yang sama, peningkatan angka laman-laman diskaun harian yang menggunakan PayPal sebagai salah satu medium pembayaran juga turut menyumbang kepada perkara ini.

PayPal sendiri sebelum ini, pada awal tahun ini telah membuka pusat khidmat pelanggan mereka secara rasminya di Malaysia. Berkemungkinan, ianya merupakan salah satu penyumbang kepada perkara ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan PayPal di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.

 

PayPal Malaysia Users is at 1.2 Million and counting up. #PayPal #Malaysia #E-commerce http://t.co/GgnZsGwQless than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply


Kemaskini Untuk WordPress 3.1 Pertama Dilepaskan
Aplikasi Tempahan Meja Di Restoran - Table4Us Bakal Dilancarkan
Faces.my Disahkan Pelancarannya Pada Bulan November - Pada 11-11-11
Laman Perkongsian MediaFire Akan Kekal Beroperasi Seperti Biasa
Aplikasi IT Price Check Membolehkan Anda Mengikuti Harga Barangan Komputer Melalui iPhone

4 Komen

  1. Sya Isya pada 15 Sep 2011

    wah! dah ramai dah pengguna paypal di Malaysia ni. Akaun paypal Sya pun tak aktif. huhu

  2. anazhd pada 15 Sep 2011

    paypal – ibarat lintah darat dalam selimut. :3 . policy terlalu ketat, tax terlalu tinggi. :3 okthxbai.

  3. Mashi pada 17 Sep 2011

    Suka guna Paypal untuk beli pape seperti di ebay,beli fail premium filesonic bla bla
    Cool

  4. msat1891 pada 18 Sep 2011

    paypal ni cmne ek..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader