Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersama-sama Windows 8, salah satu aplikasi utamanya adalah Internet Explorer 10. Kini, Microsoft sendiriĀ mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan dua versi IE, di mana salah satunya akan dioptimumkan sepenuhnya untuk skrin sentuh, dan tidak akan menyokong plugin tambahan seperti Adobe Flash.
Sebaliknya, Microsoft akan lebih memfokuskan kepada HTML5 untuk menjayakan tablet mereka. Dengan penggunaan tersebut, ianya akan membolehkan Microsoft menawarkan lebih keselamatan kepada pengguna Windows 8 mereka, selain pada masa yang sama menawarkan lebih privasi, dan jangka masa penggunaan yang lebih lama berbanding kebiasaan.
Buat masa ini, Internet Explorer 10 masih lagi pada peringkat pembangunan, dan baru sahaja melepaskan versi IE10 Platform Preview 3 kepada umum pada minggu ini. Pada masa yang sama, Microsoft turut sama menawarkan Windows 8 Dev-Preview untuk dimuat-turun oleh semua, dan menguji sistem operasi generasi baru Windows itu.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
diorang ckp org IQ rendah je pkai IE. btol ke? aku pkai Firefox
mana da, tu hoax je.
ye ke? mna la aku tau. aku pon bace kt tenet je
hanya kata2 je.bukan betul pun…
LOL, IE dah maju la sekarang.
Firefox tetap di hatiku!
bagus la html 5.. flash slalu je crash.. lembab plak tu.. video youtube skang pun dah stat pakai html5.. rase rase firefox dah support video html5 tak silap aku tapi chrome for sure memang support dari awal la..
firefox browser first support dgn dlm dlm html5… lps tu baru browser lain2x support…
maknenye firefox aku tak update la dulu..?
aku sorang je ke yang pakai comodo kat sini?