10Sep

AOL Dan Yahoo! Dalam Perbincangan Untuk Bersatu?

Yahoo!

Pada minggu ini, beberapa perkara telah berlaku di dunia web dan teknologi, dimana CEO Yahoo!, Carol Bartz telah dihentikan, dan pada masa yang sama Michael Arrington, iaitu pemilik asal laman TechCrunch turut sama telah diberhentikan. Kini, ura-ura baru memperkatakan yang mana AOL dan juga Yahoo! dalam proses perbincangan untuk bergabung menjadi satu entiti.

Kedua-dua syarikat internet ini akhir-akhir ini mengalami kerugian. Ianya diperkatakan yang mana AOL telah rugi hampir $800 juta sejak ianya keluar daripada Time Warner pada 2009, manakala Yahoo! pula kini mengalami persaingan sengit daripada Google, Facebook dan juga Microsoft.

Ianya diperkatakan, berkemungkinan Yahoo! akan mengambil-alih AOL, dan CEO sedia ada AOL, iaitu Tim Armstrong mungkin menjadi CEO baru kepada syarikat yang digabungkan itu. Namun begitu, ianya masih diperingkat ura-ura, dan kedua-dua pihak, iaitu AOL dan Yahoo! tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Gambar : Mashable


Yahoo! Menawarkan Diri Kepada Microsoft
Perkhidmatan Yahoo! Mail Bakal Berevolusi
Yahoo! Images Diberikan Nafas Baru
Yahoo! Melancarkan Aplikasi Flickr Untuk Para Pengguna Android
Yahoo! Koprol Kini Turut Didatangkan Dengan Versi Bahasa Malaysia

5 Komen

  1. ekspresiruang pada 10 Sep 2011

    hanya penggabungan je yg boleh slamat kedua2 syarikat ni.

  2. jyundoo pada 10 Sep 2011

    Nilai kedua2 syarikat masih ada, dan peminat yg tersendiri. Jika penggabungan berlaku, dan ada produk baru yang baik, nilai akan bertambah lagi.

  3. yapompiow pada 10 Sep 2011

    usaha yg menarik..

  4. Wan Perlis pada 10 Sep 2011

    yahoo boleh berbangga dengan flickr

  5. eSafarEE pada 11 Sep 2011

    harapnye yahoo! survive…byk kenangan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader