25Sep

Apakah Bakal Diperkenalkan Seterusnya Pada Laman Sosial Google+?

Google

Seperti semua sedia maklum, pada awal minggu ini, Google telah pun membuka Google+ kepada semua, membolehkan semua pengguna mendaftarkan padanya tanpa sebarang keperluan pautan jemputan lagi. Dan selain daripada itu, Google+ turut memperkenalkan beberapa kemaskini, termasuk fungsi carian, dan sokongan Hangout pada aplikasi mudah-alih.

Kini, dengan itu, semestinya, kita boleh nantikan Google+ berkembang kepada fasa seterusnya, dengan memperkenalkan beberapa lagi perkara yang masih tidak disokong oleh Google melalui laman sosial mereka.

Salah satunya merupakan sokongan aplikasi mudah-alih pada pelbagai peranti lagi, termasuk Symbian, Windows Phone dan juga BlackBerry. Seperti sedia maklum, laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter sama-sama menawarkan aplikasi mereka pada semua platform, dan mungkin Google turut akan melakukan perkara sama tidak lama lagi.

Dan satu lagi fungsi yang semestinya dinantikan ramai pengguna adalah sokongan halaman Google+ khas untuk pengguna perniagaan dan untuk jenama, seumpama Facebook Pages. Sebelum ini, Google pernah membuka pendafaran ujian beta untuknya, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Namun masih tiada sebarang berita mengenainya buat masa ini.

Kini, dengan pelancaran Google+ mungkin kita boleh nantikan kedua-dua fungsi ini dilancarkan oleh pihak Google tidak lama lagi, dalam terus bersaing dalam dunia rangkaian sosial bersama-sama dengan pihak lain. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


BlogSearch Malaysia Masih Kekal Seperti Lama
Google Dalam Perancangan Untuk Membeli Twitter?
Kod Sumber Android 4.0 Akan Dilancarkan Pada 17 November Kelak?
Google Memperkenalkan Sokongan Untuk Log Masuk Menggunakan Kod QR
Motorola Mobility Kini Menjadi Milik Google Secara Sah

14 Komen

  1. azrijohan pada 25 Sep 2011

    nampak jelas persaingan hebat antara google plus dengan facebook sekarang nie

  2. Haziq pada 25 Sep 2011

    cool.

  3. chidori pada 25 Sep 2011

    jom meriahkan gugelplas

  4. feira pada 25 Sep 2011

    semua berlawan2 nampaknye……fb vs g+

  5. harith pada 25 Sep 2011

    nice

  6. encikbeliau pada 25 Sep 2011

    nak register google+ ni kene akaun gmail ke ?

    • fas pada 25 Sep 2011

      rasenye la..

  7. amir pada 25 Sep 2011

    persaingan sihat!

  8. ali mamak pada 25 Sep 2011

    tengok sape yg power…

  9. Yusuf pada 25 Sep 2011

    lepas buat fan pages, lepas nie mesti ada group plak… lepas nie, facebook dgn google dh mcm kembar… ha3

  10. syah pada 25 Sep 2011

    terbaek!

  11. Juan pada 25 Sep 2011

    setakat ni aku rasa google + masih belum menarik bagi aku, hehe

  12. EddyGeek pada 25 Sep 2011

    Google+ kurang rancak diperbincangkan atau disebut sejak FB kemaskini layout.

  13. shahrul pada 25 Sep 2011

    baru best ada saingan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader