21Sep

Aplikasi Android Dan iOS Google+ Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia

Google

Dengan pelancaran Google+ kepada umum oleh Google, kini aplikasi mudah-alih mereka turut sama diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia, dimana kini para pengguna boleh memuat-turun Google+ terus melalui Android market ataupun AppStore dengan mudah dan pantas. Sebelum ini, aplikasi mudha-alih ini hanya diperkenalkan kepada pengguna Amerika sahaja.

Melalui aplikasi mudah-alih Google+, para pnegguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan terus laman sosial tersebut terus pada peranti mudah-alih. Selain daripada itu, ianya turut membawakan sokongan sama seperti pada versi web, termasuk sokongan Hangout yang membolehkan anda berbual melalui video bersama rakan-rakan anda yang lain.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turunnya terus melalui Android Market ataupun Apple AppStore, dan mula menggunakannya hari ini.


YouTube Mula Menyokong Silverlight Pada Lamannya
reCAPTCHA Kini Menjadi Milik Google
Google Bakal Menggunakan Nama Domain G.co Bermula Hari Ini
Google I/O Ditunda - Menjadi Tiga Hari - Lebih Banyak Produk Google Akan Diperkenalkan?
Pandang Pertama Dan Ulasan Aplikasi Google Currents

3 Komen

  1. abdjabbar pada 21 Sep 2011

    Benar! Baru sebentar tadi cuba menggunakan ia. Rajin-rajinkan diri mengunakan ia.

  2. acap pada 22 Sep 2011

    bila la nak kluar utk bb

  3. satuduatiga pada 22 Sep 2011

    Mula2 install guna apk …baru semalam dapat official update dari google..fuh akhirnya dapat official support..

    interface ada sedikit perubahan…google+ terbaek…cuma masih tak ramai yg pakai lagi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader