Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan kemaskini pada versi Android, kini aplikasi Google+ pada iPhone turut sama menerima kemaskini, dimana melaluinya, kini ia membawakan fungsi yang dinantikan ramai, iaitu sokongan dan kebolehan untuk membuat panggilan video, dan sembang berkumpulan melalui Hangout.
Fungsi baru ini diperkenalkan oleh Google ketika pelancaran Google+ kepada umum, bersama-sama dengan pengenalan fungsi Hangout pada Android. Selain daripada penambahan fungsi Hangout, antara perubahan lain yang kelihatan, termasuklah sokongan permesejan yang dijenamakan semula, dinamakan sebagai Messenger, serta sokongan untuk menaip nama rakan dengan mudah serta +1 komen dengan pantas dan senang.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan aplikasi Google+ mereka kepada platform lain seperti Symbian, BlackBerry dan juga Windows Phone.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
SaY nO TO iPHONE
pesaing facebok yg sedang meningkat naik..
sape tau care nak delete chat record dalam huddle/chat?
ade lg ke huddle ? bkan da tkar messenger ke ?
aah dah tukar, tapi cemane nak buang chat history sape tau?
google nak beat facebook kot.. iphone pla da makin down skrg.. cam da tak laku da
nanti utk android lak
dah cek, biase je…hoho