25Sep

Aplikasi Maxis BPL 2011/2012 Ditawarkan Untuk Pengguna iOS Dan Android

Perisian

Salah satu perkara yang amat diminati oleh ramai penduduk Malaysia adalah bola sepak, dan menariknya, mengambil peluang tersebut, kini Maxis menawarkan sebuah aplikasi khas untuk para pengguna Android dan iOS, dimana mereka boleh mengikuti pelbagai kemaskini berkenaan Liga Perdana Inggeris untuk musim 2011/2012 terus dari peranti mudah-alih mereka.

Walaupun dalam penerangan untuk aplikasi Maxis BPL tersebut, Maxis mengatakan ianya hanya untuk pengguna Maxis sahaja, namun percubaan kami untuk memuat-turun tanpa menggunakan kad-SIM berjaya tanpa sebarang masalah. Cuma untuk versi iPad, ia dilihat yang mana aplikasi tersebut meminta untuk memuat-turun melalui iTunes pada desktop.

Melalui aplikasi Maxis BPL 2011/2012 ini, ia membawakan pelbagai kemaskini, dimana pada skrin utama apabila kita klik masuk sahaja, senarai skor-skor perlawanan semasa diperlihatkan. Selain daripada itu, melalui aplikasi tersebut, para pengguna turut sama boleh mengikuti pelbagai berita-berita sukan bola sepak antarabangsa, selain kedudukan liga dan sebagainya terus melalui satu aplikasi.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Maxis BPL 2011/2012 terus daripada Android Market ataupun melalui AppStore pada peranti iOS atau iPad anda.

Jadi, mungkinkah selepas ini kita akan dapat melihat aplikasi untuk Liga Malaysia diperkenalkan?


Pengguna Opera Mini Kini Melangkaui Angka 100 Juta
HTC Watch Bakal Diperkenalkan Pada Suku Tahun Ke-4 Di Malaysia
Samsung Ingin Melesenkan BadaOS Sebagai Sumber Terbuka?
Firefox 7 Bakal Dilancarkan Kepada Umum Pada Minggu Hadapan
Firefox Aurora Untuk Android Membawakan Antaramuka Baru Pelayar Web

15 Komen

  1. sinach pada 25 Sep 2011

    aku pakai celcom still dpt donload..great apps.better than ESPN one.recommended!

  2. rajawali pada 25 Sep 2011

    apps ni memang terbbbaaiikkk lah….

  3. alisabki pada 25 Sep 2011

    recommended!

  4. majalah niaga pada 25 Sep 2011

    apps yang paling ditunggu-tunggu! :)

  5. acap pada 25 Sep 2011

    aduh.. buatlah utk blackberry skali…

    • sword pada 26 Sep 2011

      akan di fikirkan…

  6. brobard pada 25 Sep 2011

    great~!

  7. snazzybizarre pada 25 Sep 2011

    nice one !

  8. obefiend pada 25 Sep 2011

    aku pakai digi tapi who cares right? ………. go go #VamosTorres

  9. Ismail pada 25 Sep 2011

    at last ;)

  10. BulanTerkenal pada 25 Sep 2011

    NICE!

  11. Ahmad Wan pada 25 Sep 2011

    takyah tengok dah tau sape menang.. haha..

  12. buyat pada 25 Sep 2011

    liga malaysia please

  13. Omar pada 25 Sep 2011

    Haha.. mesti lepas ni ada developer yang buat untuk liga malaysia.. :D

  14. ibrahim pada 26 Sep 2011

    mmg style.. de time kickoff skali.. senang la nk timing~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader