26Sep

Aplikasi Yes Life Untuk Android Dibuka Untuk Ujian Beta Tertutup

Perisian, Telekomunikasi

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini Yes telah pun memulakan pendaftaran untuk ujian beta bagi aplikasi Yes Life pada Android. Sebelum ini Yes telah pun memperkenalkan Yes Life pada platform iOS membolehkan para pengguna membuat panggilan dengan mudah terus melaluinya dan dicaj menggunakan akaun Yes, dan menariknya ia turut disokong tanpa sebarang kad-SIM dan sebagainya.

Dengan pembukaan ujian beta ini, ia sekaligus memperlihatkan yang mana berkemungkinan pengenalannya adalah tidak jauh lagi. Berkemungkinan Yes Life untuk Android akan menyokong Android versi Eclair 2.1 dan terkini memandangkan ianya merupakan pilihan minimum pada pendaftaran ujian beta tersebut.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftar minat untuk turut serta dalam ujian beta, dan menguji Yes Life untuk Android sebelum pengguna lain.


Versi Akhir Firefox 5 Pada 21 Jun Kelak
Mozilla Thunderbird 6 Beta Kini Dilepaskan
Paparan Awal BlackBerry 10 Mula Kelihatan Dengan Sokongan Widget
Mozilla Firefox 12 Beta Sedia Untuk Diuji Oleh Semua
Ikuti Pelbagai Info Berkaitan Umrah Melalui M-Umrah Untuk Android

5 Komen

  1. rozmi amir pada 26 Sep 2011

    nk try

  2. phoenixstudio pada 26 Sep 2011

    mesti cuba!nnt aku buat review..huhu

  3. kss pada 27 Sep 2011

    HARAP2 boleh guna android untuk yes4g internet terus..& boleh transfer akaun..sbab kalo nk pakai huddle pon nk kna buka akaun baru..rugi sms n waktu berbual terkumpul..

  4. slee pada 30 Sep 2011

    pengalaman aku guna yes kt iPhone,tiap 5 min panggilan msti akn putus sendiri..fed up jgk!!sms ngan panggilan da jd gunung kinabalu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader