06Sep

Apple Store Malaysia Mengintegrasikan Butang Perkongsian Facebook Dan Twitter Pada Semua Produk

Apple

Setelah memperkenalkan fungsi perkongsian ke Twitter dan Facebook pada laman utama Apple Store, kini fungsi tersebut diperluaskan, dimana ianya turut diintegrasikan pada Apple Store Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan berkongsi produk-produk Apple yang menarik bersama-sama dengan rakan mereka yang lain sambil membelinya melalui halaman rasmi Apple.

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan fungsi tersebut kepada umum tetapi hanya pada segelintir produk sahaja. Namun begitu, bermula hari ini, semua produk di Apple Store Malaysia didatangkan dengan sokongan tersebut, membolehkan para pengguna berkongsi produk-produk yang digemari mereka bersama-sama rakan-rakan Twitter ataupun Facebook.

Ianya juga pada masa yang sama, membolehkan Apple mempromosikan produk-produk mereka pada media sosial dengan mudah dan percuma, selain para pengguna boleh mendapatkan maklumbalas berkaitan sesuatu produk itu sebelum membelinya. Menarik bukan?


Syarikat Malaysia, StreetSpace Menyaman Apple
Apple Memperkenalkan Keluarga Baru MacBook Pro
Apple Bakal Melancarkan Muzik Berasaskan Awan Sebelum Google Music
MacBook Air Generasi Baru Pada Minggu Hadapan
Sah : iPad 3 Bakal Dilancarkan Pada Minggu Hadapan - 8 Mac

6 Komen

  1. Alan pada 06 Sep 2011

    Sentiasa maju kehadapan kay.

  2. Ismail pada 06 Sep 2011

    sharing is caring ;)

  3. ekspresiruang pada 06 Sep 2011

    harus mengikut trend. otherwise mmg rugi

  4. kss pada 06 Sep 2011

    customer oriented..

  5. yapompiow pada 06 Sep 2011

    baru senang nk sharing :D

  6. Scromix pada 06 Sep 2011

    baru sng :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader