22Sep

AppsMalaysia Melancarkan Aplikasi Pertama – SHEAL

Perisian

Selain daripada RakanSukan yang menerima dana daripada 1MDB, salah satu syarikat lain yang turut menerima dana daripada Dana Belia 1 Malaysia adalah AppsMalaysia, dan kini kelihatan mereka telah pun mengeluarkan aplikasi pertama mereka secara rasminya, dinamakan SHEAL, dan ditawarkan secara percuma kepada para pengguna peranti iOS.

Menurut pembangunnya, melalui aplikasi SHEAL, ia menawarkan beberapa cara rawatan alternatif bagi mengubati pesakit yang mengalami beberapa jenis penyakit. Walaubagaimanapun, pada pendapat kami, aplikasi SHEAL ini kelihatan amat ringkas, dan mungkin pembangunnya boleh menambah beberapa lagi info tambahan untuk menjadikannya lebih menarik, selain menjadikan antaramukanya lebih ceria dan menarik perhatian pengguna.

Selain daripada itu, ia tidak berfungsi sepenuhnya dalam aplikasi, sebaliknya masih memerlukan para pengguna membuka pelayar web untuk mengakses kandungan interaktif lain seperti video dan audio.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi SHEAL daripada AppsMalaysia ini secara percuma hari ini, dan menguji serta menggunakannya sebagai salah satu rawatan alternatif yang disediakan melalui aplikasi pintar. Mungkin juga kita akan dapat melihat lebih banyak aplikasi menarik yang lain daripada AppsMalaysia dalam tempoh terdekat ini.


Chrome 7.0 Beta Di Lepaskan Oleh Google
Pelayar Web Opera Kini Boleh Didapati Melalui Mac AppStore
Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?
#Tips : Muat-Turun Dan Gunakan Microsoft Office Secara Percuma
Square.my Bakal Memudahkan Pengguna Membangunkan Kedai Atas-Talian Pada Facebook

5 Komen

  1. zerous pada 22 Sep 2011

    Bila nk masuk Android market plak?

  2. tekong pada 22 Sep 2011

    Perlu peningkatan yang banyak. Interface yang agak confusing sebab macam menentang norma biasa app iOS yang lain. Video macam slow je loading walaupun aku guna unifi. Kemudian setelah selesai tengok video App tu tak record/ingat user dari page mana.

    • Aman pada 23 Sep 2011

      nama pun rasanya kena tukar. ramai yang bagi feedback kat twitter, sebutan dia macam SHIAL a.k.a SIAL. Haha.

  3. Teratoman pada 23 Sep 2011

    Heal jadi Sheal.

    How yeah!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader