23Sep

Asyik.TV Menutup Halaman Ujian Beta – Mempromosikannya Melalui Aplikasi Facebook

Web 2.0

Ingatkah lagi dengan Asyik.tv? Kini ia kelihatan dimana pembangun disebalik Asyik.TV telah pun menutup halaman ujian beta mereka, dan pada masa yang sama mempromosikan aplikasi berasaskan Facebook, membolehkan para pengguna tempatan menonton rancangan televisyen terus melalui halaman Facebook milik Asyik.TV.

Menariknya adalah dimana selain daripada menawarkan perkhidmatan siaran saluran televisyen terus melalui halaman Facebook mereka, Asyik.tv turut sama menawarkan perkhidmatan serupa melalui halaman Facebook milik Perdana Menteri kita, Najib Razak, dimana melaluinya, saluran TV 1Malaysia dimainkan.

AsyikTV dijangka bakal dilancarkan kepada umum pada 11 November kelak, dimana selain menawarkan beberapa saluran untuk ditonton secara langsung melalui web mereka, mereka juga turut sama dijangka akan menawarkan beberapa kandungan berbayar seperti filem dan sebagainya, untuk ditonton oleh pengguna terus melalui pelayar web dengan mudah dan senang.


Gumuu Kini Mampu Berintegrasi Dengan Facebook
WikiPedia Kini Berumur 10 Tahun
Pra-Daftar Domain .my Jawi Akan Dibuka 24 Januari
Halaman Facebook OhMediaFM Digodam Lagi
Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas

5 Komen

  1. msat1891 pada 23 Sep 2011

    pasni nengok tv guna brokben..haha

  2. lanzz pada 23 Sep 2011

    wow~

  3. denz pada 23 Sep 2011

    patut la hari tu bukak xleh..

  4. apiemas pada 23 Sep 2011

    kalau sblm nie daftar pd laman beta msh kena daftar lain ker?

  5. mdfaizal pada 23 Sep 2011

    hehe ni link direct : http://asyik.tv/widget/beta1/


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader