Ingatkah lagi dengan TV Alhijrah yang diperkenalkan dengan kerjasama pihak AsyikTV? Kini nampaknya, pihak AsyikTV bakal memperkenalkan halaman mereka sendiri tidak lama lagi, menawarkan pelbagai perkara berkaitan dengan multimedia dan juga sokongan siaran langsung menggunakan internet dan web.

Menurut pihak AsyikTV, ianya merupakan salah satu platform multimedia atas-talian yang mana dikhususkan untuk penyiaran pelbagai aspek komunikasi multimedia, termasuk seminar berasaskan web, video, kandungan atas talian dan juga persembahan.

Buat masa ini, melalui ujian beta yang dijalankan oleh pihak AsyikTV, mereka menguji enam saluran utama negara terus melalui laman mereka, dimana para pengguna boleh menontonnya tanpa sebarang bayaran, dan dengan mudah terus melalui pelayar web mereka, iaitu saluran TV3, Alhijrah TV, Bernama TV, 8TV, TV9, NTV7, RTM1, RTM2, PLKN, 1MalaysiaTV, 1IPTATV, dan juga beberapa saluran radio, termasuk HotFM, RedFM, IkimFM, EraFM dan juga LiteFM.

Pada masa yang sama, AsyikTV turut menawarkan beberapa filem tempatan terus melalui web mereka, dimana para pengguna boleh menikmatinya pada harga serendah RM3 hingga ke RM10, mengikut filem dan juga acara yang dipertontonkan. Sebelum ini, pihak Tonton turut sama memperkenalkan perkhidmatan seumpamanya pada web mereka.

AsyikTV bakal dilancarkan secara rasminya pada 11 November kelak, dan buat masa ini, para pengguna yang berminat, boleh melayari laman mereka yang disediakan dalam bentuk beta.

Tips awal daripada @RotiKaya
best nih…
nk tgk filem kna byr 3-1 ringgit. mcam hrga cetak rompak baik download
Beta pun dah menarik. Aku guna maxis broadband member aku pun laju jer dia stream.. belum guna unifi lagi… tapi tak tau la bila dah ramai user, camana kualitinya….
tv online je sekarang.haha…
ada unifi best la
kalau internet laju dan xde limit, mmg best layan
Bestla pasni, ada byk option utk tonton online nih…
mmm… test pakai berokband pun leh lepas gak layan tv3 hehehe.. okiey la tu. TERBAIK..
nk tgk movie kene bayar?? internet laju berdesup xpe la.. baik download.. slow2 pon puas ati free..
Alhamdulillah..boleh tengok tv alhijrah dah..
Wah bestlah. Harap2 semua drama boleh tengok. Macam Tonton, ada certain2 drama x boleh tengok kat Aussie.
kalau banyak channel, pastu siaran bola boleh dapat live memang aku terminate astro n pasang internet kat rumah 20mbps. FFFFUUUUUU !
http://www.facebook.com/asyikTV
Bertambah asyik le lepas nih.
sesuatu persendirian yang harus dinikmati…
25 junn 2012 tak boleh tengok dah laman asyik tv dah hilang terus
kenapa ye asyiktv dah tak boleh stream …bila asyik tv nak launch ye?