09Sep

Avira Melancarkan Avira Antivirus 2012 Beta Kepada Semua Pengguna Windows

Perisian, Sekuriti

Setelah beberapa minggu sebelum ini AVG mengeluarkan perisian antivirus dan sekuriti mereka versi 2012, kini Avira pula telah pun melancarkan Avira Free Antivirus 2012 dalam bentuk beta, membolehkan semua pengguna sistem operasi Windows yang berminat, memuat-turun dan menguji aplikasi tersebut bermula hari ini.

Melalui Avira Antivirus 2012 Beta ini, Avira menjanjikan yang mana ianya membawakan kestabilan yang dipertingkatkan, dengan turut menyertakan sokongan sekuriti dan keselamatan serta perlindungan daripada antivirus yang dipertingkatkan berbanding versi sebelumnya. Pada masa yang sama, pemasangan antivirus Avira juga kini amat mudah, dan boleh dilakukan dengan sepantas hanya dua klik sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Avira Antivirus 2012 Beta secara terus daripada halaman rasmi Avira, dan mula menggunakannya hari ini.


Pembangun Opera 10 Menguji Antaramuka Baru
Firefox 6 Dilancarkan Secara Rasmi - Menumpukan Kepada Pembangun Web
Versi Pra-Alpha Pemain Media VLC Untuk Android Sedia Diuji
Chrome Untuk Android Bakal Dilancarkan Google Tidak Lama Lagi
Google Membayar Mozilla Lebih RM2.8 Billion Untuk Kerjasama Selama 3 Tahun

5 Komen

  1. Wan Perlis pada 09 Sep 2011

    yup aku prefer avira lagi dari avast

  2. Mohd Azizul pada 10 Sep 2011

    aq prefer kaspersky lg…. huhu

  3. steady eddie pada 11 Sep 2011

    kalau yang free..better microsoft security essential

  4. bukansapasapa pada 13 Sep 2011

    Argh, Avira taik ah… Dia tak bagi perlindungan penuh kalau kita tak mau install toolbar untuk search engine Ask.com. Bab kena install toolbar yang aku mengah tu.

  5. zakirasli pada 13 Sep 2011

    Avira THE BEST!!!!!!!!!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader