27Sep

Delicious Baru Diperkenalkan Dengan Fungsi Stacks

Web 2.0

Setelah mengambil-alih laman bookmark popular, Delicious daripada Yahoo! sebelum ini, hari ini AVOS, iaitu syarikat disebalik Delicious yang baru telah pun melancarkan versi baru laman mereka, yang mana turut didatangkan bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru dan menarik, dalam usaha menarik kembali minat pengguna menggunakan laman tersebut.

Salah satu fungsi baru yang ketara adalah sokongan Stacks yang baru diperkenalkan, membolehkan anda mengumpulkan semua pautan yang anda ingin kongsikan pada satu bahagian, dipanggil Stacks. Dengan fungsi ini juga, ia amat memudahkan para pengguna merujuk kembali kepada sesuatu perkara dengan mudah dan senang, dan tidak lagi seperti sebelum ini.

Selain daripada itu, beberapa perubahan yang diperkenalkan termasuklah navigasi pada laman yang lebih mudah, sokongan multi-tag, sokongan gambar profail, dan beberapa perkara yang lain lagi.

Para pengguna yang berminat, boleh melayari laman Delicious hari ini, dan mencuba pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama dengannya.


Teknologi Yang Di Nanti Di Malaysia Pada 2010
Pembangunan WordPress 3.1 Mencapai Fasa RC
Facebook Bakal Membangunkan Aplikasi Desktop
Facebook Bakal Memperkenalkan Iklan Pada Bahagian News Feed Pada 2012
Facebook Memperkenalkan Sokongan Perkongsian Pada Lists

3 Komen

  1. Junaidix pada 27 Sep 2011

    aku tak penah try pun delicious nih..

  2. yapompiow pada 27 Sep 2011

    menarik delicious nie.. tp kurang berminat.

  3. brobard pada 28 Sep 2011

    xtau ape itu delicious.. haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader