29Sep

BePrime.my – Laman Iklaneka Tempatan Baru Yang Bakal Bersaing Dengan Lain

Web 2.0

Nampaknya dunia jual-beli secara atas talian semakin menarik, dimana selepas Lelong, Mudah dan juga Mau.my, kini ia turut disertai oleh syarikat baru dibawah nama BePrime. Sama seperti kesemua laman, BePrime turut sama menawarkan kebolehan untuk para pengguna menghantar dan melihat iklan-iklan pada laman tersebut mengikut kategori dan negeri dengan mudah.

BePrime menjenamakan laman mereka sebagai laman iklaneka atas-talian, serta merupakan salah satu pasaran sosial atas-talian untuk sesiapa sahaja, tidak kira individu ataupun syarikat. Melalui BePrime, para pengguna akan dapat sebuah halaman khas yang membolehkan anda menghantar pelbagai perkara, selain turut diintegrasikan dengan fungsi-fungsi sosial, seperti Facebook dan juga Twitter.

Memandangkan ianya masih lagi baru, mungkin hanya beberapa perkara sahaja disenaraikan pada laman tersebut, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia dapat digunakan secara lebih menyeluruh. Sekiranya anda merupakan salah seorang penjual ataupun pembeli atas talian, mungkin anda boleh menyertai laman BePrime, dan turut memeriahkan industri jual-beli atas-talian di Malaysia.


WildFire Umpama Alexa Untuk Twitter dan Facebook
Twidroyd Dan UberSocial Kembali Aktif Semula
Amazon Melancarkan Mac Download Store
Pembangun LoveMakan Bakal Melancarkan Undi.my
Polis Diraja Malaysia Melancarkan Akaun Twitter Rasmi

10 Komen

  1. Lutfi Azhar pada 29 Sep 2011

    nice. quite cute. huhuhu

    ramai betul orang pakai lobster font ni..:3

  2. IkmalRedza pada 29 Sep 2011

    Tidak lama lagi kita akan melihat banyak laman web iklan dan direktori tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

  3. kaio pada 30 Sep 2011

    Tapi aku lebih biasa dengan mudah.
    Lelong tak reti sangat.
    Mau.my tak pernah tengok lagi

  4. acap pada 30 Sep 2011

    seminggu je free pastu kena subscribe.. mudah.my 2 bulan free.
    hohoho.. ater?

  5. topo pada 30 Sep 2011

    aiyo.. aku ingat yang gambar/label kereta,shops,pet, bagai tu button boleh direct kategori. Rupanya gambar semata. Haha terkejut aku klik kat kereta kuar gambar loket permata hahahah

  6. Syafiq Kamil pada 30 Sep 2011

    Mau.my? .. baru tahu je .. selalu lepak mudah.my ja ..

  7. Juan pada 30 Sep 2011

    mcm mcm dah skrg nih, hehe

  8. beprime pada 30 Sep 2011

    menggunakan Social Engine.
    dah sama macam http://www.chaosnation.net/listingitems/index

  9. p@zz pada 10 Dec 2011

    Selain dari laman web ini, anda boleh melayari http://www.diskaun.my untuk mengetahui sebarang diskaun dari peniaga-peniaga, mari meriahkan marketplace-marketplace di Malaysia…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader