07Sep

BlackBerry AppWorld 3.0 Membawakan Pelbagai Perubahan Menarik

Perisian

Sebelum ini, BlackBerry telah mensasarkan bulan Ogos untuk melancarkan BlackBerry AppWorld 3.0, namun disebabkan sebab yang tidak diketahui, ianya terpaksa ditangguhkan, dan hari ini, BlackBerry, secara rasminya telah pun melancarkan kemaskini generasi baru BlackBerry AppWorld itu.

Sebelum ini, ianya telah pun diperkenalkan pada Beta Zone, dan akhirnya hari ini, aplikasi yang dinantikan ramai pengguna BlackBerry itu telah pun dilancarkan kepada umum. Melalui kemaskini terbaru ini, antara perubahan yang dibawakan termasuklah perubahan dari segi antaramuka, serta sokongan perkongsian sosial yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Melalui BlackBerry AppWorld 3.0, ianya turut membawakan penambahan beberapa kategori baru, memudahkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi atau tema dengan lebih mudah. Selain daripada itu, ianya turut membolehkan anda berkongsi aplikasi melalui BBM, ataupun Facebook atau Twitter dengan senang.

Bagi para pengguna BlackBerry OS 4.5 dan yang terkini boleh memuat-turun BlackBerry AppWorld 3.0 ini, dan mula menggunakan AppWorld yang diberikan nafas baru ini, bermula hari ini.


RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook
Apple Memperlihatkan iMovie Dan Garage Band Untuk iPad
Firefox 6 Beta Untuk Android Dioptimasikan Untuk Skrin Besar
Aplikasi Parking Mata Dilancarkan Dalam Bentuk Beta Untuk Pengguna Android
BlackBerry 10 Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin Dan Editor Video

8 Komen

  1. wazy pada 07 Sep 2011

    dah banyak fungsi di AppWorld ni,sennag cerita berguna untuk pengguna baru blackberry

  2. Mohd Azizul pada 07 Sep 2011

    oh, nak kena update manual eh?

    • anazhd pada 07 Sep 2011

      update auto akan berlaku secara berperingkat, mengikut kawasan. update manual, up to you nak or x nak :3 . oyeahh

  3. Alan pada 07 Sep 2011

    Thanks for info :D

  4. ata pada 07 Sep 2011

    terbaik la…

  5. dyna pada 07 Sep 2011

    memuaskan..baru sahaja upgrade :)

  6. yapompiow pada 07 Sep 2011

    mmg senang dan memudahkan aku!

  7. QooL pada 07 Sep 2011

    Apsal gambar iringnan tunjuk BBM? bukan AppWorld3.0? hehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader