Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya, hari ini, Google telah pun melancarkan aplikasi rasmi Blogger untuk para pengguna iPhone dan juga iPod Touch, dimana kini melaluinya, mereka boleh menguruskan blog dengan mudah terus melalui telefon pintar iOS mereka.
Melalui aplikasi tersebut juga, ianya membolehkan anda menguruska lebih daripada satu blog dengan senang, selain menulis artikel dan memuat-naik gambar, serta menyertakan informasi mengenai lokasi dengan senang padanya.
Para pengguna tempatan yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada AppStore secara percuma, dan mula menguruskan blog mereka dengan lebih efektif lagi. Selain daripada iOS, Google juga telah memperkenalkan aplikasi Blogger untuk Android sebelum ini yang boleh dimuat-turun terus melalui Android Market.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yg android punye nape aku takleh nk install? not available in your country katanye.. ade alternative lain x utk andoid?
pakai market enabler.
a’ah btol tu…
ooo.. ade trick rupanya.. baru tau.. thankssss
kena root tu. hehe. try masuk web android market melalui smartphone. tekan install dari situ. trick tu dapat bypass country restriction tu.
Hoho.. google dan iOs..
hahaha. perkembangan terbaru kot.
Untuk Symbian masih takde? huhu.. Pakai blogbooster lagi lah jawapnya.. Baik aku taip email lagi best. Huhuhu