Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai lagi yang ingat, dimana pada 14 Januari 2009 yang lepas, Carol Bartz telah dipilih sebagai CEO baru untuk Yahoo!, mengantikan Jerry Yang. Kini, pada hari ini, melalui sebuah emel ringkas daripada Carol Bartz sendiri, ianya dinyatakan yang mana beliau telah dihentikan perkhidmatannya bermula hari ini, dan mungkin tidak lama lagi, kita akan melihat CEO baru untuk Yahoo!.
Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana Tim Morse berkemungkinan akan menjadi CEO baru untuk Yahoo!, namun masih tiada sebarang berita lanjut mengenainya buat masa ini.
Sejak daripada Carol Bartz menyertai Yahoo! sebagai CEO, pelbagai perubahan drastik telah dilakukan, termasuk salah satu yang utamanya adalah dimana Yahoo! telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan pihak Microsoft, selain pada masa yang sama banyak produk Yahoo! telah ditamatkan perkhidmatannya, termasuk Geocities yang popular.
Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman daripada pihak Yahoo! berkenaan dengan CEO baru mereka tidak lama lagi, yang mana mungkin akan membawakan suatu masa depan yang cerah untuk Yahoo!. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
setiap pertukaran pasti akan membawa angin baru yg akan bawa perubahan yg lebih positif.
ok hidupkan kembali geocities! yea! boleh main plain html sekali lagi.
KPI tak capai laa ni
yahoo YM je ok , lenlain bungkus~
Flickr pun masih bertahan setakat ni.
baru je hantar resume, dah di shortlistkan.. doakan agr aku berjaya ya.
bartz ni kene berhentikan x dpt pampasan ke?
Quote: Who says Yahoo! is not in the search business? They regularly search for a CEO