Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah Maxis dan juga UMobile menawarkan tablet pertama daripada BlackBerry, iaitu BlackBerry PlayBook, kini ianya dilihat, Celcom juga bakal menawarkan tablet tersebut kepada para penggunanya tidak lama lagi. Melalui pakej yang diperlihatkan oleh Celcom, ianya menunjukkan para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1238 melalui Celcom Exec ataupun RM888 melalui Celcom Biz.

Melalui Celcom, para pengguna boleh memilih samada untuk membeli hanya tablet PlayBook bersama-sama dengan pakej yang ditawarkan, ataupun bersama-sama dengan peranti BlackBerry yang lain. Celcom juga menawarkan ketiga-tiga variasi PlayBook, iaitu dalam variasi 16GB, 32GB dan juga 64GB, dimana masing-masing ditawarkan dalam kontrak selama 12 bulan ataupun 24 bulan.


Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan terus melalui halaman web rasmi Celcom, sementara tunggu ianya ditawarkan secara rasmi.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
xde review pengguna BB ke kt sini, bro?
Tak ramai yang guna kot? Ramai je yang guna BB phone tapi tak nampak sgt yg guna BB Playbook ni. Satu lagi, fungsi bridge tu macam limited to BB device je.
contract2 leceh. :3
yang confirm, playbook nie ade wifi jer..aku dh penah main2 dengan tablet nih..die memang bole handle 1080i recording & playback smoothly. Sangat smooth & display memang cun.. Bole kate on par dgn galaxy tab 10.1 & iPad. Downsidenye kena guna bridge dgn bb phone utk guna BB punye feature macam BBM. tapi still bole akses internet guna wifi.
Apps utk tablet ni plak sgt sikit tapi in future kalau RIM dh release App player yg bole run android apps, keadaan ni mungkin berubah..Tablet nieh recommended kalau kita dh ade bb phone or nk beli dgn bb phone sekali.
bila la nak turun bawah rm1k ni..hehe
memang bagus ke playbook ni?