30Sep

Celcom Bakal Mengeluarkan Pakej Nokia N9 Tidak Lama Lagi

Gajet, Telekomunikasi

Nampaknya, dengan bulan Oktober yang akan bermula esok, syarikat telekomunikasi terkemuka Celcom telah pun mula bersedia untuk melancarkan peranti Nokia N9 yang dinantikan ramai. Buat masa ini, harga dan pakej yang bakal dikeluarkan oleh Celcom masih tidak diketahui, dan mungkin akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Nokia N9 telah dilancarkan oleh Nokia Malaysia beberapa minggu yang lepas, membawakan sistem operasi MeeGo, serta pelbagai ciri-ciri semasa, termasuk sokongan NFC padanya. Nokia N9 akan mula dijual di Malaysia bermula RM1799 untuk 16GB dan RM2088 untuk 64GB. Sama-sama kita nantikan pakej dan pelan rasmi daripada pihak Celcom tidak lama lagi.

Selain daripada Celcom, DiGi turut sama dijangka akan memperkenalkan pakej mereka untuk Nokia N9 tidak lama lagi.


P1 Menerima Lebih RM200 Juta Untuk Memperluaskan Rangkaian
Windows Phone Mango Akan Menyokong NFC?
HTC Rhyme Dilancarkan - Memfokuskan Pengguna Wanita
DiGi Turut Sama Mengeluarkan Mesej Akan Datang Untuk iPhone 4S
DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk iPhone 4S

9 Komen

  1. nizam pada 30 Sep 2011

    wah..xsbarnyer…cpt2 la kuarkn celcom!!!yahoo…

  2. WariNordin pada 30 Sep 2011

    Aku nk jgk!! but worry about future for this os and short apps choice …

    • Farid pada 01 Oct 2011

      masih punya harapan

  3. lufkin pada 01 Oct 2011

    Poor MeeGo, they barely lived and now they have to die.. https://meego.com/community/blogs/imad/2011/whats-next-meego

    • snazzybizarre pada 01 Oct 2011

      +1

  4. baem pada 01 Oct 2011

    dapat duet loan, trus rembat!

  5. Haziq pada 01 Oct 2011

    yeah,,

  6. qimax pada 01 Oct 2011

    naiss

  7. matjoe pada 01 Oct 2011

    ada org beratur dari malam tak utk pone ni. sama2 tunggu


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader