07Sep

Celcom Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Torch 9860

Gajet, Telekomunikasi

Setelah mula menawarkan BlackBerry Bold 9900, kini Celcom turut sama telah mulakan pendaftaran minat untuk peranti baru yang bakal ditawarkan tidak lama lagi oleh mereka, iaitu BlackBerry Torch 9860, yang mana turut menggunakan BlackBerry OS 7. Tarikh ianya akan mula dijual, dan harga pakej masih lagi belum diketahui buat masa ini.

Melalui BlackBerry Torch 9860, ianya membawakan skrin sentuh penuh bersaiz 3.7-inci dengan resolusi 800×480 pixel, cip pemprosesan 1.2GHz, bateri 1230 mAh, memori 768MB RAM, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 720p, dan juga sistem operasi BlackBerry terkini, iaitu OS 7.

Buat masa ini, harga dan pakej yang bakal ditawarkan masih lagi tidak diketahui. Namun para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat, dan pada masa yang sama, berpeluang memenangi peranti tersebut secara percuma daripada Celcom.


Lebih 11% Pengguna Baru Memilih P1 Sepanjang Tahun Lepas
Unifi Mencapai Lebih 120,000 Pengguna - Dilancarkan Di Melaka
Pelancaran Malaysia Nokia N9 Ditangguhkan Ke Bulan September?
Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka - Vertu?
(Video) Mengapa iPad Masih Kekal Sebagai Tablet Pilihan Utama Pengguna?

5 Komen

  1. Najib pada 07 Sep 2011

    adakah ini penangan kilang BB di Malaysia? semua unit baru mula dijual sebelum pelancaran antarabangsa lagi..

  2. Kaio Dot My pada 07 Sep 2011

    ala. sayang aku tak minat torch ni. aku lagi suka bold touch.

  3. ekspresiruang pada 07 Sep 2011

    nak daftar la. nk truskan kesinambungan pakai BB instead of Apple. huhu

  4. Ismail pada 08 Sep 2011

    walao….hmm…..menarik gile ><

  5. nurul pada 09 Sep 2011

    nak la jugak….macam menarik….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader