23Sep

Chrome 15 Beta Membawakan Halaman Tab Serba Baru

Google, Perisian

Dengan pelancaran rasmi Chrome 14 ke saluran pembangun, kini Google telah pun membawakan versi baru kepada saluran beta mereka, dimana hari ini, secara rasminya mereka memperkenalkan pelayar web Google Chrome 15 Beta, yang mana membawakan beberapa perubahan baru, dan salah satunya merupakan penggunaan halaman tab yang serba baru.

Melalui halaman tab baru, ia membawakan tiga tab berbeza, iaitu tab aplikasi, bookmark, dan halaman yang sering dikunjungi pengguna. Dengan halaman tab baru ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna menyusun dan menguruskan pelayar web mereka dengan mudah dan menarik lagi. Menariknya para pengguna juga turut sama boleh membuat bahagian mereka tersendiri dengan membuat sebuah bahagian aplikasi khas, dan seterusnya menarik (drag) ke bahagian bawah.

Melalui halaman tab baru ini juga, Google dijangka akan mempromosikan Chrome Web Store dengan lebih meluas lagi. Bagi para pengguna yang berminat untuk menggunakannya, boleh memuat-turun Chrome 15 Beta, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama dengannya.


Lebih 4 Juta Pengguna Facebook Di Malaysia
DiGi Menawarkan HTC Desire HD
BlackBerry AppWorld 3.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna Beta Zone
RIM Dalam Perbincangan Awal Untuk Melancarkan BlackBerry Music?
ChromeBook CR-48 Dengan Lebih Dekat

18 Komen

  1. ArafatX pada 23 Sep 2011

    Menarik dan tertarik. :D

  2. syah pada 23 Sep 2011

    cantekkk!!

  3. jimmy pada 23 Sep 2011

    like..like..like…

  4. Ahmad Wan pada 23 Sep 2011

    aku guna google chrome hanya untuk main game je.. haha..

  5. Haziq pada 23 Sep 2011

    nice,

  6. Fikri pada 23 Sep 2011

    damn

  7. khairul pada 23 Sep 2011

    chrome makin lama mkin terbaik r…

  8. Alan pada 23 Sep 2011

    Firefox tetap dihatiku.

    HAHA

    :D

  9. EddyGeek pada 23 Sep 2011

    Sapa yang guna chromium versi 16 memang kan dapat halaman tab cmni. agak lama jugaklah halaman tab ni telah digunakan. mungkin ni baru masukkan ke versi 15.

    • anazhd pada 23 Sep 2011

      canary v14 dah ade kot. ( few months ago )

    • IkmalRedza pada 23 Sep 2011

      Lebih suka guna yang Development Channel punya, dapat rasa percobaan terbaru terlebih dahulu. Kalau tak stable pun, browser lain belambak di pasaran yang boleh guna. Terbaek.

  10. brobard pada 23 Sep 2011

    terbaek~!

  11. fas pada 23 Sep 2011

    chrome terbaik!!!

  12. Nisa pada 23 Sep 2011

    Saya peminat tegar Chrome!

  13. wazy pada 23 Sep 2011

    Semakin cantik Chrome ni

  14. msat1891 pada 23 Sep 2011

    chrome ni laju tol…15 dahh..

  15. bandunglaici pada 27 Sep 2011

    wow..cam gempak je..
    jap nk download..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader