05Sep

Chrome Terus Memperkukuhkan Kedudukan Di Malaysia Sepanjang Ogos Lepas

Perisian

Setelah menjadi pelayar web paling popular dikalangan pengguna Malaysia pada bulan Jun yang lepas, kini ianya dilihat yang mana Chrome terus memperkukuhkan kedudukannya di kalangan pengguna tempatan, memperlihatkan peningkatan menerus sepanjang bulan lepas, bertentangan dengan Firefox dan Internet Explorer yang semakin berkurangan penggunannya di Malaysia.

Selain daripada Chrome, pelayar web lain yang turut memperlihatkan peningkatan adalah termasuk Safari daripada Apple, dan juga Opera. Kini ianya dilihat yang mana Chrome memegang lebih daripada 37% penggunaan pelayar web di Malaysia, dan diikuti oleh Firefox pada tempat kedua dengan lebih 32% penggunaan. Pelayar web popular daripada Microsoft pula menduduki tangga ketiga di Malaysia dengan lebih 26% penggunaan.

Pada masa yang sama, dengan memperlihatkan peningkatan angka penggunaan Chrome dikalangan pengguna tempatan yang semakin meningkat dari hari ke hari, mungkin kita boleh melihat ianya melangkaui angka 40% dan menghampiri 50% tidak lama lagi. Selain daripada itu, pembangunan Firefox yang kini lebih pantas juga seperti tidak memberi sebarang kesan buat masa ini dikalangan pengguna tempatan.


Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
Segalanya Mengenai Perkhidmatan Maxis Home
Opera 11.50 Swordfish Mencapai Fasa RC
Paper - Aplikasi Lakaran Yang Menarik Untuk Pengguna iPad

17 Komen

  1. CMRatu pada 05 Sep 2011

    saya juga pengguna chrome :)

  2. yapompiow pada 05 Sep 2011

    FF tetap di hatiku..

  3. jyundoo pada 05 Sep 2011

    yg others tu browser ape lagi ye agaknye

  4. ali mamak pada 05 Sep 2011

    chrome aku suke..

  5. msat1891 pada 05 Sep 2011

    guna chrome gak sebab firefoz asek kurap je…adess

  6. Azah pada 05 Sep 2011

    chrome ak plak asyik hang je.. haha

    • fairuz sulaiman pada 05 Sep 2011

      hang macam mana tu? Mungkin kena ubah versi yang stable dulu.

  7. kss pada 05 Sep 2011

    speed-chrome, add-on best firefox la..

  8. zulware pada 05 Sep 2011

    aku pengguna chrome!!

    • QwErTy pada 05 Sep 2011

      +1

  9. Zulfahmi pada 05 Sep 2011

    firefox bkurang???

  10. khairul pada 05 Sep 2011

    baru berhijrah balik guna chrome… firefox cm slow sikit skrg.. haish…

  11. ekspresiruang pada 06 Sep 2011

    hail to chrome!
    tak sesia setia waktu smo org berhijrah ke firefox sblom ni. hehe

  12. Gorgon pada 06 Sep 2011

    FF got lot better workbench than chrome.

  13. AMR pada 06 Sep 2011

    chrome terbaik!!

  14. zamc pada 06 Sep 2011

    huh ie best


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader