Cari @ Amanz

Nampaknya, tidak lama lagi, Google bakal melancarkan pelayar web Chrome 14 secara rasminya kepada semua, sebelum mana Chrome 15 Beta diperkenalkan. Ini adalah kerana dimana kini pembangunan pelayar web Chromium 16 telah pun dimulakan oleh pembangunnya, dan sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh semua pengguna yang berminat.

Walaubagaimanapun, tiada perubahan drastik yang kelihatan pada Chromium 16, selain daripada angka versinya buat masa ini. Ini mungkin kerana pembangunannya masih baru dimulakan, dan dalam beberapa minggu akan datang, kita akan dapat melihat fungsi baru yang dibawakan bersama-sama olehnya.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Chromium 16 terus daripada halaman rasmi mereka, dan mengujinya terlebih dahulu, walaupun ianya tidak membawakan perubahan drastik buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd