26Sep

Kini Anda Boleh Bermain Congkak Pada Peranti iOS

e-Permainan

Nampaknya satu demi satu permainan tradisional Malaysia dibawa ke platform iOS. Jikalau sebelum ini kita dapat melihat permainan gasing diperkenalkan pada platform iOS untuk pengguna iPhone, kini ia kelihatan yang mana permainan congkak turut sama dibawa ke platform iOS, membolehkan semua pengguna yang berminat memuat-turun dan mainkannya secara percuma.

Sama seperti permainan congkak biasa, ia membolehkan anda bermain bersama-sama dengan rakan anda (atau bersama komputer) dengan mudah terus melalui iPhone atau iPod Touch.

Selain daripada itu, menurut pembangunnya, sekiranya Congkak Craze mendapat minat yang ramai, mereka mungkin akan memperkenalkan beberapa permainan tradisional yang lain pada platform iOS, termasuk salah satu permainan yang menarik minat kami, iaitu Batu Seremban.

Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan dengannya untuk pengguna Android, Symbian dan lain-lain. Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore hari ini secara percuma.


Diablo 3 Beta Sebelum Berakhirnya September Ini?
Ketahui Segalanya Berkaitan Bazar Ramadhan Berdekatan Melalui TheBazaRamadan
Valve Memperkenalkan Aplikasi Steam Mobile Untuk Android Dan iOS
Apeje - Membawakan Laman Sosial Dengan Integrasi Jualan Dan Pembelian
Aplikasi VoucHEREs Untuk Pengguna iPhone Dilancarkan

16 Komen

  1. tekong pada 26 Sep 2011

    Dulu henpon nokia 3310 ada congkak gak kot :p

  2. Kalamhati pada 26 Sep 2011

    bestnyee..teruja nih

  3. Dik Mie pada 26 Sep 2011

    batu seremban guna iphone? hahaha macam mana ek

  4. yapompiow pada 26 Sep 2011

    unik nie!

  5. Beburung pada 27 Sep 2011

    Haha, tringat game congkak kt 3310, Bantumi!

  6. denz pada 27 Sep 2011

    kalu main tuju kasut ade x?haha..

  7. Iwani Khalid @ Kureno pada 27 Sep 2011

    Dah main dah, suka suka!

  8. sinach pada 27 Sep 2011

    konda kondi xnak buat?cungkil pastu katok iphone pakai kayu.heh

  9. buyat pada 27 Sep 2011

    style

  10. rojakme pada 29 Sep 2011

    Saya selaku pengaturacara game congkakcraze ingin memberitahu bahawa versi android sedang dalam status pembangunan…nantikan congkakcraze versi android di andriod market place….
    untuk maklumat akan datang, layari laman facebook “rojak mobile entertainment”
    Terima kasih atas sokongan anda….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader