13Sep

Dealmates Menandatangani Perjanjian Pelaburan Bersama Intel Capital

Web 2.0

Nampaknya, dunia tawaran harian dan pembelian berkumpulan di Malaysia terus menarik, dimana selain daripada Groupon dan Living Social yang telah pun memasuki pasaran Malaysia, kini Dealmates terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia dengan menerima pelaburan daripada Intel Capital dalam usaha terus memperluaskan perniagaan Dealmates.

Walaubagaimanapun, jumlah pelaburan yang dilakukan oleh Intel Capital kepada Dealmates tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dealmates telah dilancarkan pada tahun ini, hasil kerjasama oleh Catcha Group dan juga Mindvalley.

Menurut Dealmates, pada bulan Mei yang lepas, mereka telah pun melangkaui lebih 100,000 pengguna, dan menjana lebih RM800,000 sebulan. Kini, dengan pelaburan baru ini, berkemungkinan mereka akan terus memperluaskan perkhidmatan mereka ke negeri-negeri lain di Malaysia, dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan kedudukan mereka di Malaysia.

Tips awal daripada MKN


GengBlogger Memperkenalkan Fungsi Statistik
FongFeiKei Berjaya Mendapatkan Klien Pertama Mereka
Facebook Kini Memperlihatkan Gambar Dengan Resolusi Lebih Tinggi
WowLoud Dilancarkan Kepada Umum - Aplikasi Android Diperkenalkan
Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

3 Komen

  1. ekspresiruang pada 13 Sep 2011

    wow, RM800k sebulan???

  2. Omar pada 13 Sep 2011

    Dah masuk Metro dah.
    Beli belah menggunakan kupon memang menarik.

  3. Amir Said pada 13 Sep 2011

    Makin banyak website2 macam ni kat Malaysia. Untunglah dapat RM800k sebulan. Tak sia-sia bagi ipad, ipad2 free dulu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader