Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sejak perubahan baru diperkenalkan oleh Facebook bermula minggu lalu, privasi seperti tidak diutamakan oleh laman sosial terkemuka itu. Kini selepas satu demi satu laporan berkaitan dengan isu privasi dikeluarkan, kini laporan baru mengatakan log keluar Facebook pada pelayar web masih tidak mencukupi, dan segala aktiviti anda masih dirakamkan.
Pada minggu lepas, Facebook telah memperkenalkan fungsi Ticker, yang mana membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai perkembangan aktiviti-aktiviti rakan mereka yang lain terus melalui bahagian Ticker yang dikemaskini dalam masa-nyata. Namun begitu, amat mendukacitakan kerana segala aktiviti diperlihatkan, walaupun rakan anda itu komen pada status atau gambar rakan mereka lain yang bukannya rakan anda.
Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi Subscribe pada Facebook, membolehkan para pengguna lain mengikuti segala kemaskini anda yang dilabelkan umum dengan mudah tanpa perlu menambah anda sebagai rakan padanya.
Selain daripada itu, perkenalan fungsi Timeline terus melaporkan beberapa perkara dan isu lain berkaitan privasi, dimana beberapa aktiviti seperti bacaan artikel, penggunaan aplikasi Facebook dan sebagainya dikemaskini terus ke Timeline anda tanpa sebarang pengesahan daripada pemilik profil seperti sebelumnya.
Dan kini, melalui kajian baru, ia dilaporkan yang mana log keluar daripada Facebook sahaja masih tidak mencukupi, dimana ia dilaporkan yang mana Facebook masih boleh ketahui anda sedang melayari laman yang mana melalui cookie yang disertakan pada pelayar web, dan cara mengatasinya hanyalah dengan log keluar daripada Facebook sahaja.
Jadi, adakah lebih isu privasi akan menghantui kembali para pengguna Facebook, apatah lagi dengan Facebook Timeline, segala sejarah hidup anda dirakamkan dengan mudah. Apa kata anda?
61 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kalau nak selamat, stay off from internet.. terjun dalam air, salahkan air baju basah.
sokong dude!
+9000000000
terbaek!!
nicely said
mmg xda lngsung. dia ckp kongsi media ,tp like pn kuar ticker…apekehey.
If its like this, im going to delete my acc
Thanka Amanz atas artikel nie. Sangat bahayalah privasi terancam. Bagus info nie. Kepada Izzat, dont blame the net itself. How safe is safe?
Tak salahkan internet pun, internet hanya alat.. kesan dia bergantung kepada pengguna.. jadi pape berlaku salahkan penguna jangan salahkan internet/provider.
Tak dek pun kat sini salahkan internet. Orang cakap pasal facebook bro maknanya org x suka cara facebook yang baru ni. Tu jer. Nak stay off dah susah so nak x nak, kena hati2 dan maki2 tu biasa la.
Hantu bonceng ke?
twitter la best
kena redha je laa nampaknya aman..
gi kat org punya user..mouseover kat nama..then akan kuar box..then mouseover kat subscribe..untick comments and like tu..
so tak da la kuar kat ticker tu… http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/306381_10150324907272383_651522382_7749671_431996761_n.jpg
KEPADA SEMUA KAWAN2 & AHLI KELUARGA SAYA DI FACEBOOK, Boleh tolong sy utk buat satu perkara nih : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari “Comments & Likes” dan klik situ [uncheck the choice]. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan. terima kasih banyak atas pertolongan
lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai. seorang kawan berkongsi dgn sy dan sy harap anda semua sudi buat benda yg sama utk mengelakkan facebook menjadi hendapbook.tq
Kalau kawan aku ada 1000. Nak kena unsubscribe satu per satu la erk?
hahah kenal ke kawan yg ke 589 org tu..? ramainya..huhuh
Kwn aku mmg tak ramai, dalam 100 lebih je tapi kalau adaorang yang memang ada friends sampai seribu macam mana?
internet…dunia tanpa sempadan….
tiada apa yg dapat disembunyikan…
*&$^&@#@%~! sekarang ni, dah xboleh hide walll korang dr sapa2. tensen betul aku, dah set sejak dlu ok je, skrg mereka smua yg aku set wall aku hidden dr derang, semua boleh tgk . apakah!!! T_T
perhh
facebook cuma medium sebaran..
privasi tu diri sendiri yang tentukan..
Jom semua kita pakat tuang fb, kita ramai² p daftar acc google+ lak…
aku baru daftar google +
haaaa itu aku setuju…memang cadangan alternatif yg terrrbbbaaaiikkk
Serious Timeline bukan satu idea yang baik. Bayangkan sesiapa je boleh stalk profile korang dari first2 korang buat FB sampai sekarang.
jangan la terlalu mudah kongsi benda sensetif atau terlalu private kat FB.
FB sebagai anger management. Mengamuk tak tentu pasal buruk padahnya.. semua orang tau.
Haha.. Diapora…
tiba masa beralih kpd google+
sangat setuju!
+1
so danger..
privacy oh privacy
Udoh2 ler ti abi hurairah oi, baek kita register google+ pulok. Follow me http://gplus.my/me
utk yg suka stalk org len best ar~ ticker tu mmg annoying laa
it’s not facebook… it’s stalkbook
jom google+
adoi memalukan la
satu rules yg paling sng, xyah la update mende2 yg korang rasa private dkt mana2, fb mahupun google+
servis free, pandai2la kite guna…. sonang
facebook ni milik yahudi.
facebook ni adalah data mining terbesar dunia bersama-sama dengan google.
facebook dan google+ sama saja keduanya.
all your base belong to us.
aku hidekan semua activity aku.. senang citer,orng nak stalk pn takley.. setkat dorng leh tengok aku updat ecomment dgn upload gambar je la.. xD
wall jd tak privacy nak setting balik jd private pn dah tak reti. banyak yg dah berubah.
yahudi mencipta internet adalah untuk merosakkan umat islam, oleh itu ayuhlah kita mencabut wayar internet bersama dan mengelakkan diri kita dari dirosakkan oleh yahudi yang jahanam.
Internet dicipta ada baik dan buruk. Kalau Internet ni ada banyak keburukan, dah tentu ada fatwa mengatakan Internet ni haram…
Jadi, tak jadi masalah kalau pandai guna.
ramai yang tak kesah pasal isu privasi ni, silapsilap ada gambar-gambar peribadi jadi koleksi orang lain.
Saya cadangkan blog yang berpengaruh seperti amanz,my ni promote pasal privasi di blog untuk kebaikan ramai.
senang citer, kongsi apa yg patut je.. content dlm fb tu masih di tangan kita.. tak gitu? ni pergi share gambar bini tengah kemban.. peluk2 dengan gf/bf.. pastu cakap takda privacy.. WTH!
psl ticker tu mmg controversial sbb dia da break privacy setting sblm ni…
psl subscribe tu xda mslh pon rasa nya….sesiapa blh subsribe dan hanya status public sahaja yg depa leh tgk…
timeline tu pon just cosmetic change…data sma ja cm dlu kan…just presentation dia yg berubah..
dan jd more meaningful than before…
tu yg users rasa xselamat
Ada pro & cons, terpulang pada user..user sendiri boleh control..
nak lebih privasi jgn guna FB tu jer..
Nak pakai fungsi tu kena berpada-padalah. Kalau ruang subscribe, adalah lagi bagus jika ia dimanfaatkan kepada fanpage, bukannya fb user sendiri, sebab itulah ramai penghendap atau pengintip di luar sana cuba untuk jahanamkan hidup mereka. Nak upload gambar/video kena berpada-padalah, tapi jangan salahkan orang lain pulak apabila gambar yang tak sepatutnya upload jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab pula.
makinn semak je
Aku suka FB baru dan timeline tu. Cuma bab privasi tu aku tak suka sangat. Kat home agak semaklah dengan aktiviti2 kawan kat FB. sape pun yg nak tahu pasal tu.
nak sembang privacy. almost semua laman sosial terancam.
nak bela merpati ler lpas ni..leh suh anta surat kt kawan2.. =)
Mmg dari dulu lagi Facebook tidak privasi info anda.
pernah ke ada privasi?
Ni ha..senang ja..semua hilang..http://www.fbpurity.com/
kalau bising pasal privacy, tutup facebook lah wehh.
#trololololol
Sekali anda upload apa-apa tentang diri anda ke internet (nama, gambar, 3gp), ada kemungkinan selama-lamanya ia akan berada di situ.
fb makin bengong!!! panas tolllll!.. x private dah…!
switch to google+