Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
DiGi nampaknya terus menambah peranti yang ditawarkan oleh mereka melalui DG Smart Plan, dimana kini mereka turut sama menawarkan Samsung Galaxy Gio pada harga serendah RM199. Samsung Galaxy Gio membawakan pelbagai fungsi asas untuk telefon pintar, dan menggunakan sistem operasi Android, dan membawakan harga jualan semasa sebanyak RM799.

Melalui pelan khas DiGi, iaitu DG Smart Plan 68 dan juga kontrak penggunaan selama 24 bulan, para pengguna boleh mendapatkan peranti tersebut pada harga hanya RM199, membawakan penjimatan sehingga RM600.
Samsung Galaxy Gio membawakan sistem operasi Android 2.2 Froyo (yang boleh dikemaskini kepada Android 2.3 Gingerbread), cip pemprosesan 800MHz, kamera 3-megapixel dengan sokongan auto-fokus, dan pelbagai fungsi-fungsi asas lain pada telefon pintar.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
perghh!murah habis dah ni..
sidebar ada perubahan skit. baru ku sedar. Wow.ni habis promosi ni. terbaik dari DiGi.
sebab ada reader request hari tue. hoho.
Peranggggg..!
Entry level…untuk budak budak main Facebook
Kalo Amanz tawar sebagai hadiah rewards ok jak
baju amanz pun xtau bila nak boleh tebus..galaxy gio?mungkin setahun kot..haha
wah… macam nak sambar je ni…
kalau bagi galaxy ace harga tu ok lah jugak..yg nih tak best
galaxy gio nie ok ker????
mcm2 cara nk untung
knp skrg trend jual phone guna telco??? semata2 nk tarik org guna pelan diorg?? da xde idea agaknya…
tapi.. kena bayar advance payment RM500, so sama saja dengan harga kedai.
Contract ni malas