Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas memperkenalkan aplikasi Dolphin Browser untuk para pengguna iPhone, kini pembangunnya turut memperluaskan pelayar web tersebut, dengan mengoptimasikannya khas untuk iPad. Ini membolehkan para pengguna iPad turut sama menggunakan aplikasi Dolphin Browser HD, yang mana membawakan pelbagai fungsi menarik seperti mana terdapat pada versi Android.
Melalui Dolphin Browser untuk iPad ini, ianya berfungsi lebih pantas berbanding Safari yang didatangkan bersama-sama iPad, selain dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna skrin sentuh, serta mempunyai sokongan gesture yang lebih menarik padanya, berbanding pada Suggest.
Selain daripada itu, aplikasi iPad Dolphin Browser ini juga turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan Webzine, yang mana menawarkan para pengguna untuk membaca kandungan web dengan mudah, sama seperti mereka membaca di Flipboard.
Para pengguna iPad yang berminat boleh memuat-turun aplikasi Dolphin Browser untuk iPad ini, dan mungkin kelak ianya akan mengantikan pelayar web Safari pada iPad anda.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Artikel dan info yang menarik.
Terima kasih Amanz Network.
Versi utk Android agak baik tapi sedikit slow berbanding Opera.
Maybe pembangun Dolphin kena improve bab itu.
Setuju. Dengan rupa tabnya sama seperti Chrome, memang kemas. Cuma agak besar sedikit. Jika dikecilkan sedikit, sudah dapat menjimatkan ruang.
aku pakai ni as main browser utk tab 10.1 aku
aku install nih kat sgsl aku, crach luncher die.. hahaha.. last2 hard reset terus.. terus melekat ngan operamini..
a gud start for dolphin utk memecah dominasi operamini..
cantek!
Asyik crash je.