Cari @ Amanz

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka untuk semua. Bersempena dengan bulan September ini, laman milik anda, Amanz Network telah mencapai salah satu pencapaian yang baru, dimana, kini Facebook Fan Page untuk Amanz Network mempunyai lebih daripada 10,000 ahli, selain mana pengguna berdaftar untuk #AmanzRewards juga telah melangkaui angka 1000 orang.

Selain daripada itu, pada bulan lepas, kami telah menerima lebih 340,000 pageview berbanding bulan sebelumnya (Julai) yang mana hanya sebanyak 230,000 pageview sahaja. Ianya sekaligus memperlihatkan yang mana peningkatan yang sangat besar dalam masa sebulan, berkat daripada sokongan anda semua.

Tiada apa yang dapat mengembirakan kami melainkan sokongan padu dari para pembaca semua iaitu anda. Oleh itu Amanz Network dengan berbesar hatinya ingin memberikan sedikit ganjaran kecil untuk anda, berupa duit raya dalam bentuk cabutan bertuah. Caranya senang sahaja, dimana anda hanya perlu mengikuti arahan ringkas melalui kotak cabutan khas berikut, dan mempunyai peluang untuk memenangi hadiah berupa duit raya dari Amanz Network.

  1. Like post ini untuk mendapat satu mata entri
  2. Berikan apa sahaja komen pada blogpost ini, seperti apa yang kami boleh lakukan untuk anda, dan cara untuk kita sama-sama tingkatkan #AmanzNetwork, ataupun komen anda berkenaan perkara yang anda tidak sukai di laman ini.
  3. Like Facebook Kami. Kalau dah like biarkan sahaja.
  4. Tweet mengenai cabutan bertuah ini untuk mendapat mata entri keempat dan apabila ada orang lain yang klik pada tweet anda, anda akan mendapat mata referral. Anda juga akan menerima link yang anda boleh gunakan untuk diberikan kepada orang lain untuk mendapat mata referral.

Cabutan bertuah ini akan ditamatkan pada 9 September 2011, pada pukul 11.59 malam. Sebanyak 13 pembaca bertuah akan dipilih. Cabutan pertama akan menerima RM50. Cabutan kedua dan ketiga akan menerima RM25. Cabutan ke-empat sehingga cabutan ketiga-belas akan menerima RM10. Cabutan akan dilakukan menggunakan laman Random.org dan keputusan akan diumumkan pada 10 September 2011. Walaupun setiap pembaca boleh mempunyai lebih dari satu cabutan, satu pembaca hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

Bonus: Sekiranya Angka pengguna Facebook Amanz Network bertambah menjadi 1000 DAN kami menerima pendaftaran Rakan Amanz sebanyak 1000 orang sebelum tarikh tutup cabutan bertuah, kami akan menambah lagi satu hadiah cabutan bertuah iaitu RM100. Jadi akan ada dua pemenang utama, iaitu RM100 dan RM50. Dan cabutan akan ditambah sebanyak 14 cabutan. Caranya mudah, cadangkan Facebook Page kami kepada rakan-rakan anda ATAU anda dan rakan anda mendaftar untuk senarai Rakan AMANZ.

Pendaftaran Rakan Amanz adalah khusus untuk mereka yang inginkan berita mengejut yang betul-betul dirasakan sangat penting oleh kami (contohnya promosi telefon murah oleh syarikat telekomunikasi esok ataupun Gangguan Bekalan Internet) dan ianya berlainan dengan pendaftaran Buletin Harian Amanz dan juga #AmanzRewards. Adalah penting untuk kami mengasingkan pendaftaran supaya para pembaca kami hanya menerima email yang penting dari kami.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, berkemungkinan ada sesuatu yang menarik untuk anda minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd