Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang pernah di perkatakan sebelum ini, kini Facebook sendiri telah mengumumkan fungsi senarai rakan-rakan yang ditambah baik dengan beberapa fungsi baru tambahan, seperti Smart Lists dan sebagainya, sekaligus memudahkan para pengguna untuk menggunakan Facebook, dan mengawal kemaskini status mereka supaya boleh dilihat oleh siapa yang dikehendaki mereka sahaja.

Untuk menjayakannya, Facebook akan secara automatik membina Smart Lists untuk beberapa kategori, termasuk untuk rakan-rakan kerja, sekolah, keluarga dan juga rakan di bandar yang sama. Dengan itu, ianya akan membolehkan anda menguruskan rakan-rakan dengan mudah dan mengikuti kemaskini mereka dengan senang.
Menurut Facebook, fungsi ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula minggu ini.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
takut dengan Google+ leteeww. lol.
Elok jugak buat list-list nie, tapi memang terang-terang la nampak meniru google+..
facebook vs. google+… sape yg akan menang?
Henhehehe…. dah tentu pengguna yang menang.
memudahkan jgk nie bende nie..
FACEBOOK vs GOOGLE+ vs DIASPORA…
jenis butthurt dengan google facebook nii…
dia xnak pngguna lari ke google+ la teww.. nampok beno nirunye.. ape2pun nice one larh~
Takut dgn persaingan lettew
Bila ada persaingan yg sihat mcm ni, pengguna jugak yang akan untung (“,)
wow!semakin mesra pengguna dan privasi ditingkatkan dalam FB.hm,tiru Google plus ni.he..he..