Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, hari ini, Facebook telah mengadakan suatu acara tahunan mereka dikenali sebagai f8, dan menariknya, untuk tahun ini, mereka mengadakannya dalam suatu bentuk berbeza dan memulakannya dengan menarik sekali melalui penampilan khas Andy Samberg yang melakonkan watak Mark Zuckerberg.
Melalui penampilan khas Andy Samberg, beliau membuat beberapa lawak, selain turut mengumumkan beberapa fungsi baru, dan salah satunya adalah Slow-Poke sebagai parodi kepada fungsi Poke pada Facebook.
Walaupun perkara ini mungkin tidak digemari oleh sesetengah pihak, namun ianya nampak menarik apabila melihat akan sesuatu acara dimulakan dengan cara yang berbeza dan tidak membosankan, berbanding acara biasa yang lain. Pada acara Facebook f8 tahun ini, Zuckerberg telah mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk fungsi Timeline dan juga sokongan Open Graph yang serba baru.
Kemaskini Sebelum ini, Apple pernah melakukan perkara yang serupa pada MacWorld 1999, dimana Noah Wyle yang melakonkan watak Steve Jobs pada filem Pirate of Silicon Valley turut melakonkan watak Steve Jobs pada acara tersebut. (terima kasih Hakim)
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Apple pun pernah buat perkara sama time MacWorld ’99
haha..laju aje amanz..
aman memang terrbaaaiikkkk..xtido malam aku rase cari maklumat yg baru..hakhak
Dia baru nak tido tu.. malam tadi update blog jer kejenya..haha
Patut la beriya-iya cari video ni tadi…
good job amanz..
tiru org jek FB nih
xder la ape sgt… ha3
+1
opening keynote die mmg terbaik! hahaha…
boleh tahan la..
fb oh fb.. makin hari makin….
Terbaik lah presentation!
part sini paling best.. lepastu boring..haha
the slow-poke. hahahahaha
aku suka dengan lawak andy wat, nampak agk kureng ajor disitu, but funny. he
Lend me a billion dolar .. hahaha ..
agak menarik..
mcm2 perubahan facebook.. byk idea btol zuckerberg…
slow poke ni mesti best
hehe