21Sep

Facebook Mengemaskini News Feed – Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi

Web 2.0

Dengan acara Facebook F8 yang akan diadakan tidak lama lagi, kini Facebook telah pun mengumumkan kemaskini pada News Feed mereka dengan beberapa perkara baru, dan secara rasminya telah pun memperkenalkan fungsi Ticker yang telah ilihat oleh kebanyakkan pengguna sebelum ini.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan pada bahagian News Feed pada hari ini, Facebook inginkan supaya para pengguna mereka tidak terlepas sebarang kemaskini penting daripada rakan-rakan mereka, selain pada masa yang sama boleh mengikuti pelbagai kemaskini sampingan dalam fungsi masa nyata.

Selain daripada fungsi Ticker, salah satu perubahan baru yang diperlihatkan adalah dimana kini Facebook telah pun membuang pautan kepada “Top Stories” dan juga “Most Recent” pada halaman utama mereka, iaitu News Feed, sebaliknya memperlihatkan kemaskini baru melalui cara baru yang lebih menarik lagi. Selain memfokuskan kepada pelbagai kemaskini utama, cara gambar dipaparkan pada Facebook turut dikemaskini dimana kini ianya diperlihatkan dengan lebih menarik lagi.

Fungsi baru ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam hari-hari akan datang mengantikan News Feed sedia ada, dan mungkin lebih banyak kemaskini akan diumumkan oleh Facebook pada acara F8 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


MentariCSS Bakal Berevolusi Sepenuhnya
ReachOut - Rangkaian Sosial Tempatan Dengan Pelbagai Nilai Tambah Menarik
E-Sentral - Alternatif Baru Untuk Mendapatkan Buku Digital Di Malaysia
Sokongan Cover Photo Pada Facebook Groups Diperkenalkan Kepada Lebih Ramai
Fuyoo - Laman Jual-Beli Dengan Konsep Baru Dilancarkan

22 Komen

  1. amir pada 21 Sep 2011

    hurm,mcm penah ada sekali dah ticker ni..mcm news feed better je..huu

    • khairul pada 21 Sep 2011

      facebook perkenalkan mcm2 untuk pastikan pengguna terus stick dgn facebook…

  2. brobard pada 21 Sep 2011

    nice..

  3. IzhamHasan pada 21 Sep 2011

    aritu ade sekali..pastu sekarang dda ilang..

  4. Yui Light pada 21 Sep 2011

    Kecoh gile ade ticker sekali hari tu…masing-masing jadi stalker la ni nanti..hohoho

  5. Aizat pada 21 Sep 2011

    Serius Tak Suka >,<

  6. AMR pada 21 Sep 2011

    em.. macam2 la fb ni…

  7. Wan pada 21 Sep 2011

    tak la best sgt

  8. captainLJ pada 21 Sep 2011

    makin krg privacy di fb…
    dulu beria kata privacy plg penting….

  9. nabil wafi pada 21 Sep 2011

    yg ticker tu…erk..mmg kureng laa..abis sume org leh tau kte wt dgn org laen..adooi

  10. niktkmlk pada 21 Sep 2011

    poning kepalo den dgn fb ni.. adoiiiiii….

  11. scromix pada 21 Sep 2011

    all update in one place katanya. shit. xda privacy

  12. syah pada 21 Sep 2011

    hahhaa.. sapa yang tak suke, sila tukar language ke English (uk).. kompim balik asal.. lau nak yang baru, sila tukar ke english (us).. hahaha..

  13. Namawi pada 21 Sep 2011

    Serabut la Facebook ni.

  14. snazzybizarre pada 21 Sep 2011

    dpt kejap.. lepas tu ilang… haha

  15. aizatjat pada 21 Sep 2011

    xde privacy? hahaha. sebelum komen tu, baca dulu manual on how to set ur privacy. study dulu benda baru before guna n bg feedback
    http://www.facebook.com/about/sharing

    • Abszeen Picco pada 21 Sep 2011

      haha..lihat secara details la brader… new friend, likes in comment or likes to any photos mana ada kita boleh set it private like or not. hahahahaha~

    • mint pada 21 Sep 2011

      Privacy setting tu hanya untuk status sendiri. Kita tentukan siapa yang boleh lihat status kita. Yang ni semua orang dah tahu, Google+ dah lama lancarkan.

      Tapi Ticker akan tunjuk jika kita komen pada status orang lain dan “like” status sesiapa pun. Boleh set privacy setting untuk ni?

  16. ali mamak pada 21 Sep 2011

    x suke jangan pakai la

  17. Nisa pada 22 Sep 2011

    Kurangkan klik sana sini..gambar pun jadi besar.So, actually ok cuma perlu sesuaikan diri..

  18. [-A-] pada 22 Sep 2011

    OK ni boleh buat aku tak stick dengan FB laa nie…macam dah langgar privacy jer…kalau aku comment sama teman aja udah diketahui yang lain even they not in my friend’s list…kalau orang tue kawan dengan kawan aku jer bukan dengan aku, pun dia boleh baca aku punya page…ape ntah FB nie~

  19. Meuz pada 13 Nov 2011

    sampai sekarang aku tak dapat lagi ticker ni.. interface aku langsung tak berubah kepada yg baru.. tau tak macam mana nak fix? dh puas cari tapi tak jumpe :(


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader