19Sep

Facebook Music Akan Dilancarkan Hasil Kerjasama Lebih 10 Syarikat Pada Khamis Ini

Web 2.0

Dengan acara Facebook F8 yang semakin hampir, kini sedikit demi sedikit informasi berkaitan dengan Facebook Music mula kedengaran. Ia diperkatakan yang mana Facebook bakal melancarkan perkhidmatan baru mereka itu pada 22 September ini dengan kerjasama bersama-sama dengan lebih 10 syarikat, termasuk Spotify, Rhapsody dan juga Rdio.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah Facebook Music akan beroperasi, dan bagaimanakah fungsi-fungsi sosial akan diintegrasikan padanya. Ia hanya diperkatakan yang mana para pengguna boleh berkongsi mendengarkan lagu bersama yang lain, serta membawakan kemaskini semasa mengenai lagu yang sedang anda dengarkan terus pada halaman profail anda.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang masih tidak diketahui adalah sokongan Facebook Music di luar Amerika Syarikat. Ianya masih tidak diketahui samada adakah ianya akan disokong di Malaysia, ataupun hanya di Amerika ketika pelancarannya kelak.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman Facebook Music pada hari Khamis ini.


Domain .MY Serendah RM16 Sahaja
Super Wiggy Membawakan Kelajuan Lebih 6 Kali Ganda
Facebook Mula Memfokuskan Kata Kunci Dan Kandungan
Silicon Valley Comes To Malaysia Diperlihatkan Dalam Kartun Ringkas
Secara Purata, Saiz Halaman Web Meningkat 25% Dalam Masa Setahun

8 Komen

  1. yapompiow pada 19 Sep 2011

    mari kita tgk ape yg facebook bawak.

  2. emy pada 19 Sep 2011

    Menarik,tunggu dan lihat

  3. [Mist-™] pada 19 Sep 2011

    yay… this is like last.fm on facebook! LOOKING FORWARD TO THIS INTEGRATION

  4. jyundoo pada 19 Sep 2011

    dah join music geng yer

  5. eSafarEE pada 19 Sep 2011

    wow…sampai 10 syarikat.. ni mmg betul2 nak knock out semua pesaing..

  6. amir pada 19 Sep 2011

    seronoknye!

  7. ali mamak pada 20 Sep 2011

    jangan indah khabar dari rupe suda la

  8. nabil wafi pada 20 Sep 2011

    harap2 lgi bez pada music beta google…hoho


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader