15Sep

Facebook Memperkenalkan Butang Langganan – Mengikuti Jejak Twitter Dan Google+

Web 2.0

Setelah memperkenalkan fungsi Smart Lists semalam, hari ini, Facebook terus menambahkan beberapa perkara baru pada laman sosial terkemuka tersebut, di mana kini mereka memperkenalkan butang langganan pada profail pengguna mereka. Dengan fungsi ini, ia akan membolehkan anda mengawal dengan lebih mudah apa yang diperlihatkan pada News Feed anda.

Ini mungkin disebabkan oleh ramai pengguna yang tidak menyukai untuk hanya melihat kemaskini mengenai permainan oleh rakan mereka yang lain, dan sebagainya. Dengan fungsi ini, para pengguna boleh mengawal apa yang mereka ingin lihat, dan tidak lagi menjadikan News Feed mereka serabut seperti sebelum ini.

Pada masa yang sama, melalui fungsi langganan ini juga, ianya membawakan fungsi seakan pada Twitter dan Google+, dimana para pengguna boleh mengikuti setiap kemaskini yang dilabelkan sebagai umum daripada pengguna yang diingini mereka, tanpa perlu menambah mereka menjadi rakan.

Fungsi ini akan diperkenalkan dalam masa beberapa hari lagi kepada semua pengguna secara berperingkat.


Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?
Lebih 9.5 Juta Rakyat Malaysia Menggunakan Facebook
Twitter Ingin Memperkenalkan Iklan Pada Timeline?
Aplikasi Maybank2U Bakal Diperkenalkan Untuk Para Pengguna iPad
Wikileaks Bakal Mula Menayangkan Siri Video 12 Episod Bermula Minggu Hadapan

8 Komen

  1. Bisyairi pada 15 Sep 2011

    kalo aku la.. aku block je aplikasi2 game ni.. wat sakit mate je tngok.. huhu.. ><

  2. lepat pada 15 Sep 2011

    baguslah facebook dah ada feature ni.sonang sikit nak filer kandungan dalam akaun profil fb.

  3. ekspresiruang pada 15 Sep 2011

    yg ni br best. at least xdela sampah byk sgt dlm news feed tu

  4. nur pada 15 Sep 2011

    x yah nk remove2 org lg.

    • RIS-FAMILI pada 19 Sep 2011

      tul tu. tak baik remove-remove org tau.
      lepas ni sorok2 je la.

  5. eSafarEE pada 15 Sep 2011

    baru la senangnak filter update…

  6. Wan Perlis pada 15 Sep 2011

    ok jugak nie

  7. Firdaus pada 16 Sep 2011

    Menunggu mobile apps khas function ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader