Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya dunia IPTV dan TV berasaskan internet di Malaysia terus berkembang, dimana selain daripada Tonton dan juga Asyik.TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan salah satu syarikat tempatan yang tidak berapa mendapat perhatian adalah FineTV. Namun berbeza dengan yang lain, adalah dimana mereka hanya sekadar menawarkan perkhidmatan berbayar sahaja, pada langganan RM50 selama 6 bulan.

Menurut FineTV juga, mereka mempunyai lesen daripada pihak SKMM untuk menjadi IPTV di Malaysia, dan buat masa ini, berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan. Buat masa ini, ianya dilihat yang mana laman rasmi FineTV memerlukan pelbagai pembaikkan lagi, Melalui laman FineTV, mereka telah melancarkan perkhidmatan IPTV mereka sejak daripada tahun 2005, namun ianya kelihatan seperti perkhidmatan tersebut tidak dipromosikan sepenuhnya.
FineTV juga memperkatakan yang mana perkhidmatan mereka mesra peranti mudah-alih, membolehkan para pegguna menontonnya pada tablet dan juga telefon pintar, Buat masa ini, kami masih lagi belum dapat mengujinya secara keseluruhan, dan tidak dapat memberikan komen sepenuhnya berkaitan perkhidmatan ini.
Tips daripada RotiKaya
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
alaysia?
x pnah dgr pun
wooo lama sudah tak dengar pasal FineTv ni…Ni adik beradik dengan http://www.eurofine.com.my yg selalu buat drama kat RTM tu.
Aku dah tengok dan test service dia..sapa yg subscribe akan datang dengan decoder sambung ke internet + tv mcm unifi tu…(aku hanya test ja)
Rancangan drama tempatan banyak dari eurofine juga…Aku kenal la gak org yg dok dalam FineTv tu..memang dorang start dah lama dah, tapi dari segi penelitian aku ehemm mcm tu la..
Technology dorang mmg ok..dorang pakai peer to peer stream mcm octoshape (www.octoshape.com) . Mungkin amanz bole tanya kat Mamat (chief engineer) kat finetv.
Dulu dorang ada berkolibrasi untuk rebrand dan channel2 yg akan dikeluarkan, beberapa cerita2 pun dah siap, tapi dengarnya ada masaalah dengan jv atau kolibrasi tersebut.
ohh ade dah ke dulu..mane nak tau takde yg promo pun
sumpah aku x pernah dgr finetv ni….
Ada fnetv yer.. tak tahu pun… sekarang ni relevan dah IPTV ni sebab dah ada Unify.. kena tingkatkan promosi dia.. buat macam tonton.com.my.. masuk tv.. walaupun iklan dia ntah hape2, ada kuda buat pole dance..
Aku pernah dengar mengenai tv ni…mula2 dorang ni buat stesen tv berbayar macam astro tapi sebab urng dapat sambutang disebabkan monopoli oleh astro di Malaysia makaa dorang ni cuba pula beralih ke IPTV….tapi sumpah sejak tahun 2008 aku dah tak pernah dengar lagi berita mengenai tv ni sehingga Aman post di sini
pergh..sudah wujud ketika dial-up masih lagi femes
fine tv ni under eurofine.. sama gak dgn fine animation.. kalau korang ingat animasi yokies, frooties dan kenyalang..
FineTV ni kurang promo aku rasa. Setakat letak signboard besar dekat depan stesen putra KL Sentral tu tak mencukupi. Kalau diorang buat partnership dengan TM melalui Unifi, ok gak rasanya.
dorang mmg dulu partnership dgn TM rasanya..tetapi…(kena find out dari dorang..aku tak berani nak komen..)