Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam usaha untuk terus memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu, serta mengurangkan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kami, kini Amanz Network disertai oleh salah seorang penulis, penterjemaah dan juga editor bebas daripada syarikat penerbitan tempatan terkemuka, PTS, iaitu saudara Muhammad Firdaus bin Ariff.
Dengan penambahan editor bebas ini yang menolong secara sukarela di Amanz Network, kami berharap akan mengurangkan pelbagai kesalahan bahasa, dan akan mula memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi bermula hari ini.
Untuk makluman semua pembaca, penulisan dan kemaskini di Amanz akan diteruskan seperti biasa, dan seterusnya akan melalui proses pembacaan semula (selepas ianya diterbitkan kepada umum.). Jadi mungkin hanya setelah beberapa jam barulah sesuatu artikel itu menjadi bebas daripada kesalahan, tetapi pada masa yang sama para pembaca Amanz masih boleh kekal mengikuti kemaskini mutakhir dari semasa ke semasa.
Para pembaca Amanz boleh mengenali Firdaus Ariff dengan lebih dekat dengan mengikuti blog beliau.
28 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Selamat datang Firdaus! Kita kembalikan semula kegemilangan lampau!
@asrialbaker
Tahniah buat Amanz Network
adakah kolum techtroll bakal menunjukkan ketiadaan salah ejaan selepas ini
Arakian, inilah dia yang kita tunggu-tunggukan. Satu tahap perubahan yang sangat baik.
inilah yang kita mahukan !! terbaik !!
peh. mantap la firdaus.. bangga kawan aku pun da join Amanz
Alhamdulillah. Satu lagi usaha sihat yang kita mahukan. Teruskan memartabatkan bahasa kita. Terima kasih saudara Firdaus dan tahniah amanz.my
salam, satu usaha yang murni dari amanz untuk martabatkan bahasa malaysia..hmm..bahasa malaysia ke bahasa melayu?
Hari tu amanz kata Bahasa Malaysia.. kali ni Bahasa Melayu pulak. Sudah dipengaruhi PTS ke.. jangan marah ha.. =)
Bagus. Mansuhkan kolum techtroll bersama @obefiend tu dan Melayukan seluruh laman Amanz.my
Techtroll bagus untuk kreativiti. Berfikir di luar kotak katanya.
Bahasa itu satu bidang yang dinamik, dan sangat terbuka kepada serapan perkataan baru dari bahasa lain.
Asri; Let’s rock like the old days and make it better!
Nev: Techtroll dikecualikan dari editing supaya orang ramai tahu bahawa itu troll.
Eddy, Alias, Snazzy & AbdJabbar: Terima kasih atas sokongan anda!
welcome home
maju setapak kehadapan..tahniah!
hebatt..amanz network menggoncang dunia
bagus ler amanz dh ada “DBP” sendiri…
another firdaus in the team. #terbaik #tahniah
welcome..!!
Tahniah. Moga Amanz Network memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi!
teruskan usaha memperluaskan pergunaan bahasa melayu, kalau mampu cipta sekali plugin wordpress untuk memeriksa perkataan bahasa melayu, dan betulkan secara automatik.. sekarang ini bahasa inggeris sahaja yang ada.
Tahniah firdaus ariff
Selamat maju jaya untuk Amanz Network.
moga bertambah maju!
terbAIK. inilah yg kitA MAHU
memartabatkan bahasa melayu..
tahniah!! kita perlu lebih ramai penggerak bebas seperti amanz di dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
** terjemahan facebook lebih tepat (Bahasa Melayu) berbanding google (Bahasa Malaysia).
tahniah!semoga Amanz makin power rangers dengan kemasukkan bro!