Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan pengenalan pelepasan versi baru Firefox setiap 6 minggu, kini Firefox 7 dijangka akan dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu pada 27 September. Melalui Firefox 7 kelak, ia akan lebih memfokuskan kepada penggunaan memori oleh pelayar web dari Mozilla itu, selain pada masa yang sama menjadikannya lebih pantas dan responsif, serta stabil.
Buat masa ini, Mozilla masih lagi pada peringkat akhir pembangunan Firefox 7, dan meminta semua pembangun add-on untuk pelayar web sumber terbuka itu membangunkan aplikasi mereka yang selari dengan Firefox 7. Ia diperkatakan, masih banyak lagi addon yang masih tidak menyokong sepenuhnya Firefox 7 ketika ini.
Bagi yang ingin menguji Firefox 7 hari ini, anda boleh memuat-turunnya daripada saluran Beta, selain daripada Firefox 8 yang ditawarkan melalui saluran Aurora dan juga Firefox 9 melalui saluran Nightly.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
firefox 6 pun belum puas guna lagi dah ada versi baru… laju tersangat2 update dari pihak mozila.
Takpelah free je pun.. mungkin ada add on yang tak compatible je.. selain tu.. baguslah kerap update.
update laju pun tp kalau tiada perubahan x guna jugak… chrome mmg laju… tak dinafikan…
Firefox perlu lakukan sesuatu bagi mengekalkan dominasi firefox sebagai pelayar web pilihan. Peratus penggunaan firefox menunjukkan penurunan bilangan pengguna kerana kebanyakkannya sudah beralih kepada pelayar Google Chrome. Salah satu caranya dengan memperkenalkan ‘rapid release’ membolehkan mereka sentiasa bersaing dalam meningkatkan prestasi pelayar.
Dah pakai dah pun the so called “rapid release” method, tapi masih lagi pengguna mencari browser lain. Personally, performance terutama dari segi memory leaking tu yg perlu diperbaiki lagi.
Memory leaking juga berlaku pada Google Chrome. Namun, terdapat persepsi bahawa Google Chrome lebih ringan dan pantas.
Dulu suka gak Firefox ni..tapi bila ada chrome, dah tak pakai sangat dah..
ahakss, Firefox dah nak kuar v7 dah. yg v6 ni pon, kekadang jem jgk, harap lg ok yg v7 nanti. malas nak install beta plak. he
Firefox ok kat laptop aku nih. Google chrome selalu tersekat-sekat bila nak load page!
download2..