18Sep

Firefox 9 Nightly Membawakan Pengurus Muat-Turun Serba Baru

Perisian, Sumber Terbuka

Selain daripada antaramuka baru, menariknya melalui Firefox 9 kelak, Mozilla turut sama akan membawakan beberapa kelainan dan perkara baru, termasuk pengurus muat-turun yang diberikan nafas baru. Buat masa ini, para pengguna yang berminat boleh menguji fungsi tersebut melalui Firefox 9 Nightly yang ditawarkan untuk pelbagai platform.

Menariknya melalui pengurus muat-turun Firefox yang baru ini adalah dimana ianya tidak lagi menggunakan tetingkap berasingan seperti sebelum ini, sebaliknya menggunakan fungsi pop-up, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan muat-turun mereka, tanpa perlu ke tetingkap yang lain.

Mungkin Firefox 9 turut sama akan membawakan lebih banyak perubahan, yang mana akan menjadikannya lebih menarik daripada sedia ada. Buat masa ini, Firefox 9 masih lagi pada saluran Nightly, dan dijangka akan dilepaskan kepada umum sekitar penghujung tahun ini, atau awal tahun hadapan.


Adobe Flash 11 Akan Menyokong Penuh 3D
Mozilla Menguji Cara Log Masuk Baru Menggunakan BrowserID
Ubuntu One Untuk Windows Dilancarkan Secara Rasminya
WutMedia Memberikan Fokus Penuh Untuk Penerbitan Digital Sepanjang 2012
Aplikasi Twitter Untuk Desktop - MetroTwit 1.0 Dilancarkan

26 Komen

  1. Piratz pada 18 Sep 2011

    Aku still suka download manager opera…

  2. hazriq ishak pada 18 Sep 2011

    macam safari je. LOL

  3. Faris pada 18 Sep 2011

    Internet Download Manager still awesome…

  4. Sid pada 18 Sep 2011

    I don’t see the thumbnail for this entry at front page.

  5. Ahmad Wan pada 18 Sep 2011

    aku pakai DownloadThemAll.. add-on je takyah gune IDM..

    • myFirdaus pada 18 Sep 2011

      +1 Like

    • ali mamak pada 18 Sep 2011

      cmne bnda 2.. speed power x

      • Ahmad Wan pada 18 Sep 2011

        same la macam IDM speed pun same power tapi kadang kadang rendah sket.. rendah sket je la dari IDM..

  6. msat1891 pada 18 Sep 2011

    idm menarik ooo…

  7. Finalcross pada 18 Sep 2011

    IDM still be the King!

  8. dydy pada 18 Sep 2011

    idm terbaekk!!

  9. dydy pada 18 Sep 2011

    idm terabaek!

  10. EddyGeek pada 18 Sep 2011

    idm kalau beli, baru la ada class. kalau guna patcher jgn bangga. huhu
    p/s : orbit downloader best?

    • Mayang Abadi pada 18 Sep 2011

      duk guna Orbit Downloader tapi tak pasti best ke tidak. huhu.

    • ali mamak pada 18 Sep 2011

      ape beza kalo beli ngan patcher je.. cite cket

    • Syukri Lajin pada 18 Sep 2011

      orbit bagus.. tapi project dia macam senyap sangat.. update pun sekarang 1-2 bug fix kecil.. tak ada benda baru dah dekat stahun..

    • aAhmad Wanaa pada 19 Sep 2011

      haha like!

  11. Syafiq Kamil pada 18 Sep 2011

    IDM jugak yang di rasakan terbaik setakat ni ..

    • gingercruzt pada 18 Sep 2011

      +1

  12. Alif pada 19 Sep 2011

    Telah cuba nightly di Mac OSX lion, ciri yang diperkatakan seperti belum sedia dalam OSX lion. Antaramuka masih sama seperti versi stabil dan beta.

    • Ahmad Wan pada 19 Sep 2011

      nightly untuk testing je.. kalau ade yang kurang nanti dorang akan tambah..

  13. Alan pada 19 Sep 2011

    Bagus jugak firefox baru ni. Senang sikit lah keje aku nanti nak men’download’ :D

  14. Haziq pada 19 Sep 2011

    cool

  15. harith pada 19 Sep 2011

    IDM sudah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader