29Sep

Yahoo! Melancarkan Aplikasi Flickr Untuk Para Pengguna Android

Yahoo!

Setelah memperkenalkan aplikasi Windows Phone 7 sebelum ini, hari ini Flickr melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Android, yang mana melaluinya ia membolehkan para pengguna menambah beberapa efek, dan menghantarnya terus ke Flickr dengan mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, para pengguna juga turut sama boleh berkongsi akan gambar-gambar yang dirakamkan pada laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter terus melalui aplikasi tersebut.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh melihat dan melayari gambar-gambar yang dikongsikan pengguna lain dengan mudah, melalui penggunaan tag, peta dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Flickr rasmi terus daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Salam Aidilfitri
Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Yahoo! HotJobs Kini Menjadi Milik Monster
Yahoo! dan Twitter Mula Bekerjasama
Penggunaan Enjin Bing Pada Yahoo! Kini Meliputi 17 Buah Negara

7 Komen

  1. brobard pada 29 Sep 2011

    good.. =)

  2. IkmalRedza pada 29 Sep 2011

    Aha! Country restricted.

  3. satuduatiga pada 29 Sep 2011

    sayang sekali, tak boleh download melalui android market.

  4. pedangmujahid pada 29 Sep 2011

    kelas…

  5. zaryl pada 29 Sep 2011

    belum menyokong Samsung Galaxy Tab 10.1 nampaknya… tgk komen kat market pun boleh tahan banyak yg negatif, mungkin sbb masih baru lagi kot.

    apsal la Google tak beli flickr ni eh? kan lagi best :D

  6. FauziNor pada 29 Sep 2011

    terbaik.. senang sikit keja

  7. Muhamad Ruzaini pada 01 Oct 2011

    dah available kt Malaysia


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader