28Sep

Google Experts, Google Voice, Dan Fungsi Umpama Facebook Wall Bakal Hadir Ke Google+

Google

Selain daripada fungsi halaman Google+ untuk jenama dan juga perniagaan yang dinantikan ramai, kini beberapa fungsi baru yang bakal diperkenalkan pada Google+ kelihatan yang mana bakal menjadikan perkhidmatan laman sosial tersebut lebih menarik. Antaranya adalah termasuk pengenalan Google+ Experts, dan juga sokongan Google Voice padanya.

Melalui Google+ Experts, Google bakal menyediakan dan menawarkan perkhidmatan soal jawab pada laman sosial tersebut, yang mana serba sebanyak akan menyerupai Quora ataupun Facebook Questions. Melaluinya, kelak akan membolehkan para pengguna untuk bertanyakan pelbagai perkara dengan mudah, dan menerima jawapannya daripada rakan-rakan dengan pantas dan senang.

Selain daripada itu, Google+ juga dijangka akan memperkenalkan salah satu perkara yang menyerupai Facebook Wall, membolehkan pengguna lain menulis pada halaman profail anda dengan mudah. Perkara ini, bakal memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan mudah, selain daripada fungsi dimana para pengguna boleh tag rakan lain melalui Google+, untuk hanya dibaca oleh mereka yang ditag sahaja.

Google+ juga dilihat dalam proses mengintegrasikan sokongan produk-produk Google yang lain padanya, termasuk memastikan Google+ bekerja dibawah Google Apps, serta sokongan Google Voice yang akan membolehkan anda membuat panggilan dengan mudah terus melalui Google+.

Selain daripada apa yang kelihatan, semestinya Google sedang dalam ujian percubaan pelbagai fungsi baru lain secara dalaman. Sama-sama kita nantikan perkembangan laman sosial Google ini yang memperlihatkan angka penggunanya meningkat dari hari ke hari.


Hasil Carian Imej Pada Google Tampak Menarik
Friendster "Baru" Bakal Mengutamakan Permainan
Tiada Lagi Had Masa Pada YouTube
Chrome 13 Beta Membawakan Instant Pages Dan Print Preview
Google Sekali Lagi Mengemaskini Bahagian Bar Mereka - Kelihatan Lebih Menarik

8 Komen

  1. ali mamak pada 28 Sep 2011

    google voice??? free x tu

  2. sarraazzam pada 28 Sep 2011

    xtry lg pakai google plus..

  3. Noah Aden Moore pada 29 Sep 2011

    Aku ada Google+ tapi kawan tak ramai camner.

  4. Haziq pada 29 Sep 2011

    cool.

  5. AMR pada 29 Sep 2011

    terbaik!

  6. meuz pada 29 Sep 2011

    google+ best tapi aku tak suka la dia guna picasaweb aku jadikan album gmbr.. sume gmbr2 dlm picasaweb tu gmbr2 yg kuar kat blog aku.. kalau aku buat private sume gmbr tu, bukak blog aku je xde gmbr..

    tak best la kalo laman sosial ade beratus2 gmbr yg takde kaitan.. mcm mne ek nk luahkan pasal ni ke google?

  7. lanzz pada 29 Sep 2011

    Best2..

  8. Junai pada 29 Sep 2011

    wah,.. pesaing FB nie.. hehe.. tp nak ada banyak2 benda yang mempunyai fungsi yang sama apa kes?.. hehehe mgkin jugak pilihan untuk yang jemu nengok facebook.. Apa2 pon tepuk dada tanya selera :) good jobs google :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader