30Sep

Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab 7.0 Plus Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video

Gajet

Hari ini, Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan Galaxy Tab generasi kedua mereka, yang mana kini dikenali sebagai Galaxy Tab 7.0 Plus, membawakan pelbagai penambahan spesifikasi berbanding tablet generasi pertama Samsung yang masih kekal popular, disamping turut sama membawakan fungsi panggilan suara seperti sebelumnya.

Melalui Galaxy Tab 7.0 Plus, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, 1GB RAM, dan didatangkan dalam dua variasi, iaitu 16GB dan juga 32GB. Ia juga menggunakan sistem operasi Android Honeycomb bersama-sma dengannya.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Tetapi Samsung mengatakan yang mana Indonesia akan menerima peranti ini pada penghujung Oktober ini. Jadi, berkemungkinan pelancarannya di Malaysia tidak jauh berbeza dengan pelancaran di Indonesia. Harganya juga masih tidak diketahui buat masa ini.


HTC Bakal Menawarkan Storan 5GB Melalui Dropbox Kepada Semua Peranti Android HTC
Eksklusif : BlackBerry Curve 9380 Dengan Skrin Sentuh Penuh
Samsung Galaxy S3 Bakal Diperlihatkan Pada Bulan Februari 2012 Kelak?
Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 10.1 Dengan Sokongan S-Pen
Pelancaran Samsung Galaxy S3 Pada 3 Mei

25 Komen

  1. Firdaus pada 30 Sep 2011

    xsama ke dgn tab 7.7..aduh, penin2..

    • Aman pada 30 Sep 2011

      tak sama. nie kira generasi kedua untuk Galaxy Tab yang Samsung lancar tahun lepas. Lagipun, kurang 0.7-inci. Haha.

  2. Omar pada 30 Sep 2011

    Generasi pertma pun tak beli lagi, sekarang dah generasi kedua… peh,

    • sword pada 01 Oct 2011

      Haha..sama la,klu camtu kita tggu lak keluaran yang ke-3

      • obefiend pada 03 Oct 2011

        ho yeah. boleh jual tab lama aku ni dan beli yabg ini. for the winrar!

  3. Hafaisy pada 30 Sep 2011

    aku tengah conflict.. antara Apple dan Samsung.. semua sekarang Samsung je :| will Samsung take over my world ? LIFE MEMANG TAKLEH LA.

  4. WariNordin pada 30 Sep 2011

    Huuuuhhh pening2, baru ingat nk amik TAB P1010 hari minggu ni..

  5. snazzybizarre pada 30 Sep 2011

    spec da smart… tp kamera je kurang…

  6. Hatta pada 30 Sep 2011

    RAM 1G cukup ke?macam below par je

  7. Najib pada 30 Sep 2011

    tengok design, cam sama dengan Tab 7″ yang lama.. jadi kemungkinan besar beratnya masih sama dengan yang lama?? Tab lama tu sangat laa berat..

    • Choclair pada 02 Oct 2011

      tab P1000 7inch tu adalah antara tab paling ringan laa…klu itu pn da berat, apatah lagi tab 10.1 atau yang lain2…berat tab yg bawah 400g adalah dikira sbgai sgt ringan utk tab..

  8. sarraazzam pada 30 Sep 2011

    aihh xsmpai brape bulan ade lg yg baru..

  9. arca pada 30 Sep 2011

    tab nie aku rs kua nx month…

  10. Blangkat Ahmad Basimin pada 01 Oct 2011

    Samsung tengah top sekarang, pandang kiri handphone samsung, tgk kanan samsung tab. haha

  11. IzhamHasan pada 01 Oct 2011

    aduhai..banyaknye tab samsung nih,harap² time aku nak angkat nanti takda la keluar yg baru lagi,pening mau pilih

  12. faridpenang pada 01 Oct 2011

    jadi tak da la 7.7 ?

    • Aman pada 01 Oct 2011

      7.7 tue tablet baru. Yang 7.0 Plus ini lebih kepada kemaskini tablet generasi pertama mereka.

  13. Hafoz pada 01 Oct 2011

    So… ape beza lain 7.0 plus dengan 7.7 selain saiz skrin….

    • Hafizul Marhan pada 01 Oct 2011

      1. processor dual core
      2. OS Android Honeycomb
      3. kamera depan 2MP.

  14. ekspresiruang pada 01 Oct 2011

    kalau hantar Malaysia stok terhad, xguna gk. launching je dah sold out. ades…

  15. Hafizul Marhan pada 01 Oct 2011

    nice, 7″ IMO adalah sweet spot untuk tablet yg senang dibawa kemana-mana, sbb boleh masuk poket seluar kargo… hehehhe

  16. matjoe pada 01 Oct 2011

    better wait for 7.7. really, it gonna be worth the wait

  17. zerous pada 01 Oct 2011

    banyak betul galaxy tab punya variant… fenin la ante

  18. zuan pada 01 Oct 2011

    owh upgrade vrson je la ni.. :D

  19. botak pada 18 Oct 2011

    tab yg blh wall phone call,can’t wait for it.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader