01Sep

Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?

Google

Sebelum ini, mungkin ramai yang ketahui mengenai Google Drive yang dikatakan akan dilancarkan. Namun, dengan pelancaran sokongan dokumen pada Google Docs, berita tersebut dihentikan, apatah lagi ruangan storan yang makin bertambah setiap hari di GMail. Namun begitu, nampaknya, kini Google dalam perancangan dan penyediaan untuk melancarkan Google Drive mereka tidak lama lagi.

Melalui sebuah tiket khas di forum pembangunan Chromium, ianya didapati terdapatnya perbincangan mengenai sebuah URL baru, iaitu drive.google.com. Namun begitu, URL tersebut masih tidak boleh diakses buat masa ini. Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya diketahui buat masa ini.

Seperti sedia maklum, kini Google mempunyai dua platform terkemuka sendiri, iaitu Chrome OS dan juga Android, dan dengan adanya sebuah sistem storan atas-talian mereka sendiri, iaitu Google Drive, berkemungkinan ianya akan membolehkan para pengguna mengakses fail-fail dengan mudah menggunakan sebarang platform. Dan memandangkan ianya adalah Google, kemungkinan untuk ianya turut dilancarkan kepada para pengguna Windows, Linux, dan juga Mac, serta sokongan terbina pada Chrome, adalah sesuatu yang tidak mustahil.


Google : Semua Laman Bahaya Untuk Di Layari
Google Apps Keluar Dari Fasa Beta
Kini, Lebih 10,000 Extensions Untuk Chrome
Google Sekali Lagi Membawakan Perubahan Rekabentuk Pada Google Bar
Chrome Web Store Versi Tempatan Bakal Dilancarkan Oleh Google

7 Komen

  1. yapompiow pada 01 Sep 2011

    brape byk space diorg nk kasik nie..

  2. captainLJ pada 01 Sep 2011

    mintak2 besar la space yg die bg…

  3. Adam Roslan pada 01 Sep 2011

    Terbaik kepada pengguna Android. Tak payah pakai Dropbox atau Amazon Cloud Drive lagi.

  4. shah pada 01 Sep 2011

    kalau internet slow cm ner eyh???

    • Kaixer pada 02 Sep 2011

      Mudah je, caranya cuba dapatkn servis internet fiber optik. hehe. :)

      • aku pada 02 Sep 2011

        +1

  5. Azim Norazmi pada 02 Sep 2011

    macam windows live sky drive pulak nama…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader